19 Disember 2011

Wangian Buat Diri...


Assalamualaikum Semua..
Wangian Buat Diri...Semua orang mahukan wangian buat diri agar diri terasa segar dengan haruman yang wangi pada tubuh badan..tambahan pula jika seseorang itu mempunyai kerjaya yang melibatkan berurusan dengan orang awam..kalau tak berurusan dengan orang awam sekalipun, dah tentu laa kita mahu sentiasa wangi..tapi kita kena laa jaga penampilan diri..jangan harap wangi jer tapi penampilan langsung tak kemas..penampilan kemas dengan bau badan yang wangi dah tentu orang yang berada berhampiran dengan kita rasa selesa..betul tak?? tapi jangan laa sampai pakai wangian terlalu menusuk dan menyengat hidung..yang sampai boleh buat orang lain sakit kepala bila cium wangian yang kita pakai tu..

 
Apa pun lain orang lain juga citarasanya..ada sesetengah orang sukakan wangian berasaskan bunga dan kayu2an dan ada juga yang sukakan wangian yang manis macam buah..dan bagi diri aku sendiri, aku sukakan bau buah..bau manis jer..Namun walau apa pun perbezaan nya wangian ni boleh menjadi salah satu identiti buat diri..sebagai contoh..kalau Si 'A' memang memakai wangian dari Cristian Dior..jadi bila kita tercium bau haruman yang sama mcm Si 'A' pakai, automatik kita akan teringatkan Si 'A'..dan mesti akan cakap."eeh macam bau minyak wangi Si'A' laa..haa nampak tak betapa kuatnyer pengaruh dan aura minyak wangi ni..ataupun kita dah boleh kenal seseorang tu melalui haruman yang dia pakai..


Tapi kan, untuk membeli sebotol minyak wangi ni boleh buat kita pikir 2,3 kali laa jugak kan sebab semua pun dah sedia maklum..harga sebotol minyak wangi pun dah mencecah ratusan ringgit..ada sesetengah orang, dia lebih suka pakai cologne je sebab harga pun murah je..tapi pakai pun bau tak lama mana nak buat pe..takkan laa asyik nak buh cologne je tiap masa..bila pakai bau tu kejap je dah hilang..tapi pada aku, takpela aku pejam mata laa kejap, mahal pun mahal la janji puas hati dan berbaloi sebab kalau aku dah suka aku nak jugak beli..teruk kan aku?? hehehe..kan aku dah kata lain orang lain citarasanya..apa ada hal..betul tak??



UNTUK INFO:

1.Perfume - Mempunyai kepekatan yg tinggi, tahan lama sebab tu mahal

2. EDP - Eau de Perfume -peratus kepekatan tu kurang sikit,murah sikit dr perfume, masih boleh bertahan lama dan sesuai dipakai pada denyutan nadi macam pergelangan tangan, tepi leher dan lipatan siku

3. EDT - Eau de Toilette - Tak boleh bertahan lama cuma antara 3-4jam tapi masih lagi boleh buat orang disekeliling kita selesa dengan bauan tu..sedang-sedang aje orang kata dan cara paling bagus, bawa dalam botol kecil..jd bila bau tu dah kurang kita boleh laa pakai lagi wangian tu.

4. Cologne - Ia adalah wangian yang paling-paling kurang kepekatannya antara 3 jenis diatas dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.


Pesanan Penaja:
Semua jenama minyak wangi kat atas tu aku nak suggest kat korang sebab aku sendiri dah pakai...bau sweet jer..tapi mungkin citarasa tak sama..dah nama nyer suggestion kan..

20 ulasan:

Sakina Kushairi berkata...

im crush with victoria secret cologne ^^

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

suka bau buah2an..

Zehan Ilyana berkata...

wahh macam best ni..
saya sekrang suka pakai sarah jessica parker nyc..:)

Akemal berkata...

aku pakai minyak wangi malaikat subuh jah...singgit satu kat pasar malam.hehe...^^

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: ~kiinaa~

suka pakai yang warna apa ekk??

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: nuyui a.k.a miss YUI

yer sama laa kita suka bau buah2an..sweet jer!!!

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Teenager Housemaid

SJP NYC design dia unik kan!!!

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: KertasWarnaMerah

ye ker ni?? boleh caya ker ahaks!!
kang takut ada yang pitam jer..

Fazleyatul Aini berkata...

saya pakai perfume paradise je. baru 30 hengget. hehe

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Lya Colours

ok laa tu Lya..kalau rasa tak nak membazir leh beli yang murah je ;-)
janji Lya wangi..xmo mucuk2 tau ahakss

Unknown berkata...

penin bau perfume :)

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: khairul

penin ke?? eehh mana ada perfume tu kan wangi..

Masya berkata...

saya jarang membeli minyak wangi, setahun sekali pun belum tentu... mmg pakai sebotol habis berbulan8 x pun bertahun hihihihi.....

duniaanita74.blogspot.com berkata...

bestnya bila dapat hadiah...sesiapa nak bagi kak ita hadiah...

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Masya

ooo lamanya baru habis..kang expired lak minyak wangi tu hehehe

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: anitadiana

memang best bila dpt hadiah..akak nak hadiah ekk hehehe

LydSunshine berkata...

Suka buah-buahan jugak atau bau-bau fresh. Perfume mahal berbaloi beli kalau kita betul2 pakai. Kalau tak pakai tu yg membazir. Kalau suka bau fresh, cuba Salvatore Ferragamo. Range 'incanto' dia semua bau sedap. Terutamanya incanto charm dan incanto dream. Pastu Lanvin - Eclat D Arpege pun best. Cuma brand Lanvin tak popular sgt kt Malaysia.

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:LydSunshine

pernah try pakai incanto sebab dpt free gift time beli calvin klein..ha ok gak bau dia..

IntaNBerliaN berkata...

yg dkny tu mmg sy tgh guna pun.. sy pun suker :-)

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:IntaNBerliaN

ermm wangi kan bau dia..fresh n sweet jer kan!!!