13 Disember 2011

Kenapa Anak-Anak Sebagai Alasan..??


Assalamualaikum Semua..
Memula sekali aku memohon maaf kalau2 entri aku kali ni agak sentap dan buat ada antara pembaca yang terasa hati..tetapi serius aku geram sangat2 bila ada antara insan2 yangdah pun bergelar ibu atau ayah tapi masih bersikap penting diri dan pada aku langsung tak matang..mesti korang tertanya2 kenapa aku cakap macam tu?? kenapa topik ni yang nak aku bincangkan dalam entri kali ni?? aku cuma nak berkongsi cerita dan dlm masa yang sama aku nak korang pikir2kan kebenaran disebalik cerita aku ni..


kadang2 aku pelik kenapa bila sesetengah orang (aku tak kata semua org ok..!!) yang dh berkahwin dan mempunyai anak mesti guna alasan anak2 sebagai penyelamat bila keadaan tersepit..dah banyak contoh yang jadi depan mata aku..aku ingat lagi, ada jiran aku kat kg tu, malam2 sanggup datang ke rumah aku sebab nak pinjam duit kat abah aku..alasan yang dia bagi sebab dia bagitau esok dia nak bawa anak dia pergi hospital, anak dia sakit..abah aku ni kesian laa sebab tahu anak dia ni OKU..jadi abah aku bagi sebanyak mana yang dia minta RM300..dia ckp bila dia gaji baru dia bayar..abah aku tak kisah sebab abah aku pikirkan anak dia yang OKU tu memerlukan rawatan..sebab tak salah kan bila kita ada rezeki lebih, kita bantu orang yang macam tu..tapi nak di jadikan cerita, jiran aku kantoi bila, abah aku jumpa abang kepada jiran aku tu kat masjid, abah aku tanya laa anak jiran tu dah ok ke bawak g hospital? korang tau apa jawapan abang jiran tu?? dlm masjid jadi saksi, abang dia gtau" ehh dia mana ada kat sini, dia g ikut rombongan pegi Langkawi.." what??? abah aku terdiam sebab terasa diri di tipu..niat nak membantu rupa2nya dah disalah gunakan oleh jiran aku tu..bagi duit suruh bawak anak pegi hospital bukan g makan angin sampai ke Langkawi..!!! yang jadi lagi sakit hati bila dah hujung bulan punya laa liat nak membayar sampai abah aku nak kena pergi lak minta hutang..



Contoh lain plak, Encik Saiful ada bagi pinjam duit kat member dia..nak jadikan cerita, malam tu Encik Saiful pergi melepak kat gerai burger member dia..dah lama tak melepak kat gerai tu kata nyer, tengah2 diorang melepak, tetiba ada salah seorang dr diorang ajak Encik Saiful pegi menyembang jauh sikit dr yang lain2..Encik Saiful tanya laa kenapa?? member dia cakap nak pinjam rm100 sebab nak beli susu anak dan barang dapur..sebab duit dah takde..Encik Saiful ni lembut hati jadi bg laa pinjam sebab kesian bila dengar nak beli susu anak ngan nak beli barang dapur..weiii apa kes sampai nak beli susu anak dan beli barang dapur pun sampai nak minta duit kat orang?? ko sebagai seorang ayah patut pikul tanggungjawab untuk bagi nafkah pada isteri dan anak2 tapi kenapa sampai orang lain pulak yang nak kena tanggung family ko?? orang nak kawin ko pun nak kawin tapi bila nak bagi nafkah ko minta duit kat orang lain..duit gaji ko kemana?? apa yang ko buat ngan duit tu sampai keperluan asas pun ko tak mampu nak bagi kat family ko??tapi korang tau apa jadi, sampai skrg tak bayar2 lagi duit yang di pinjam tu..


Yang paling baru ni plak, member Encik Saiful yang lain pulak buat hal, dia call Encik Saiful sebab nak pinjam duit rm300.alasan yg dia bagi sebab nak beli hadiah harijadi anak dia..aku ni jadi bengang laa sebab kot yer pun nak bagi pinjam pun jangan laa melampau2, dah la perangai masing2 macam apa jer lagi..pinjam pandai tapi bila bab nak membayar leh lak buat bodoh..last2 Encik Saiful kata kat member dia yang dia leh bagi tapi kena buat keje sikit..kira tak pinjam ar tapi kira upah sbb buat keje..


Aku tak tau laa apa nak jadi pada kaum2 bapa, pada kaum2 ibu yang buat perangai mcm ni..tolong laa Tuhan bagi korang anak2 sebagai anugerah tapi kenapa korang selalu jadikan alasan untuk buat semua ni..sepatutnya korang makin bertanggungjawab makin matang dalam nak memikul tugas sebagai ibu sebagai ayah, kadang2 pelik suami isteri dua2 bekerja tapi kenapa masih lagi duit tak cukup?? dimana silap sebenarnya?? apa pun jangan menagih simpati orang menggunakan nama anak2..pikir2kan laaa

24 ulasan:

Lya Colours berkata...

apa jadah plak nak beli hadiah hari jadi anak sampai rm300
ikut la kemampuan. x payah nak berlebih2. pastu x mampu nak menyusahkan org plak. adoi mcm2 perangai la

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

bila nk,byk alasan..nk byr balik wat xtau..byk kena camni..sengal itu org!!

khairul berkata...

geram btol klu kena kencin dgn org 1

rara pinkmafia berkata...

pelik kan org cm ni.sanggup menipu sbb nk senang.padahal nk g bercuti.aduhhhh pelik.

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Lya Colours

tu yang jadi geram tu,dah tau xda duit yang gatal nak beli hadiah mahal2 tu pe jadahnyer..tu sume alasan jer tu.

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Nuyui

standard ar time nak pinjam buat manis muka takpun buat muka seposen sedih pastu bila nak bayor leh lak buat2 lupa

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Khairul

tu ar pasal niat nak tolong tapi kita plak di tipu nyer

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Rara pinkmafia

orang klu dh terdesak apa pun sanggup..dah tau tak berduit tapi bergedik nak g bercuti bagai!!!

.: mama lynn :. berkata...

kalau yg buat alasan tu org yg betul2 memerlukan tak salah kt membantu... tp klu dia mmp tp lifestyle dia yg buat keadaan jadi mcm tu mmg salah dia sendiri

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: mama lynn

tu laa pasal,tolak tepi lifestyle yg melampau2..pentingkan keperluan keluarga dulu..

LydSunshine berkata...

Yang pinjam 300 nak gi langkawi dgn nak beli hadiah anak tu, mmg tak patut le. Sebab tu semua utk enjoy. Tapi yg nak pinjam 100 sbb nak beli susu anak tu mungkin dia betul2 memerlukan. Kdg2 bila kita ada duit, dan hidup kita smooth, takde masalah kewangan, takde hutang, tak semestinya org lain beruntung mcm kita. Ada yang Allah duga dengan rezeki yg liat nk dtg kat dia. Kalau en saiful tu tak kedekut, awk beruntung tau. Sbb itu sifat baik yg tak semua org ada. :)

saffiya_aleesya @ echa berkata...

memang Encik Saiful tak kedekut sebab tu member2 dia bila ada masalah duit semua nak cari dia..tapi yang jadi geram sbb member2 dia tu suka tak bayar hutang..kalau diorang reti nak guna duit kita pun sama laa jugak kan..

sharahgorgeous.blogspot.com berkata...

Sian kat budak yang jadik anak dia. Tak pasai2 nama dia naik loteri. Hampeh punya bapak.

ila berkata...

memang pernah terkena dgn org macam nie..kita sanggop pinjamkan duit tapi bila nak bayar kita pulak mcm pengemis..xpelah kat dunia dia terlepas...cakap anak sakit..mak sakit..sakit mati btoi2 baru taw!!

ieyza afieyna berkata...

tak ptut la perangai jira yg mcm tu.. menipu pulak tu...


pinjam 300 nak beli hadiah anak? klo xde duit xpayah la beli.. xyah blgak mcm org kaya... huhu

shahrazali berkata...

memang x patut la diorang ni... menipu guna nama anak... nnti bila anak2 diorang dah besar,,anak2 ni akan guna nama mak bapak plak utk menipu...

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:sharahgorgeous

hahaha tak pasal2 nama anak2 naik loteri

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: ila

ha'ah mmg betul pun mcm kita lak yg pinjam duit diorang..yg jadi geram bila call n msg senyap je xnak jwb bila jumpa mcm lari2 jer xmau bertembung ngn kita..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:ieyza afieyna

tu ar pasal dah tau tak mampu buat cara tak mampu..kut yer nak tunjuk konon2 ayah mithali bg hadiah kat anak ikut la kemampuan tu sendiri..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:shahrazali
ha'ah betul entah2 bila anak2 dah besar diorang lak guna nama mak bapak diorang..

Kancil 8349 berkata...

Kancil lebih teruk...RM 2000...sehingga sekarang ndak bayar...entah orang tu ke mana sudah...dari hari tu, walaupun sesen pun kancil ndak bagi...bikin panas

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Kancil
banyak tu kancil..pasni kena berhati2 supaya tak ditipu lagi..kesian dengan duit sebanyak tu, banyak benda leh kita bayar kan..

Masya berkata...

memang geramkan kalau org suke menipu ni... lagi² guna alasan anak

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Masya

Geram tu mmg geram tp nak buat cmne kan..:-(