24 Jun 2011

Hati Bila Cinta???


Benarkah hati bila cinta
sanggup buat apa saja
sanggup merasa suka dan duka
asalkan bersama berdua

Benarkah hati bila cinta
sanggup melupakan segalanya
sanggup ketepikan hak dan pendiriannya
asalkan pasangan kita sentiasa bahagia

Benarkah hati bila cinta
sanggup menerima baik dan buruknya
sanggup menerima dengan rela dan seadanya
asalkan cinta kita terpahat bersama

Benarkah hati bila cinta
sanggup ketepikan hati dan perasaannya
sanggup menahan hati dan mengalirkan air mata
asalkan impian yang dibina tidak musnah akhirnya

Benarkah hati bila cinta
sanggup menanggung derita dan sengsara
sanggup berkorban apa saja
asalkan dapat mencurah kasih dan sayang padanya

Benarkah hati bila cinta
sanggup berubah segalanya
sanggup berubah personaliti dan juga wataknya
asalkan cinta hati menjadi miliknya

Namun hati bila cinta
biarlah berpada-pada
tidak terlalu mudah terpedaya
tidak terlalu mudah menyimpan segunung rasa
biarlah adakalanya cinta ini diduga
barulah tahu betapa benar kesetiannya
barulah tahu betapa dalam kasih dan sayangnya
barulah terserlah segala ketulusan dan keikhlasanya
barulah kenal hati budinya
barulah mengerti apa yang dikatakan cinta
bukan sekadar cinta biasa
tetapi biarlah cinta agung
yang berlandaskan keredhaanNya....

23 Jun 2011

Aarggghhh...blog aku dah berhabukkkkk!!!


Ya Allah lama sesangat aku x update blog ni..dah sebulan lebih aku xupdate blog aku..arghhh ape nak jadi ngan aku ni??? maaf bukan aku x mahu @ xnak update tapi masa yg selalu jealous giler ngan aku..nak uat cmner kannn..jd ari ni tetiba aku ada lak masa nak update jd pe kata kiter uat sekali jalan..dlm satu masa aku nak update sume benda n perkara yang patut aku citer dlm blog ni..cer citer..cer citer!!!
update yg agak lintang pukang time n tarikhnyer..argghh aku x kira janji blog ni aku anggap cm diari kehidupan aku..