15 Mei 2013

Pemungut Derma Yang Biadap!!

 
 
 
Assalamualaikum Semua..
 
Aku nak citer pasal pemungut derma ni..ehh pemungut derma ke pengutip derma ekk?? aahh mana2 laa janji sama makna dan korang leh faham.
 
Nak di pendekkan citer, macam biasa laa pompuan tu datang dan memperkenalkan diri dan bagitau laa datang dari mana dan tujuan apa sambil hulur kat aku satu kertas size A4 yang terangkan derma tu bertujuan untuk bina sekolah tahfiz lebih kurang cenggitu laa..siap bagitau kat aku keluasan tanah dah macam broker jual tanah plak huhuhu..pastu yang ayat aku xleh blah tu bila dia leh kata  macam ni...
 
Pemungut derma: cik tolong laa derma sebab kami kutip derma ni untuk tujuan bina sekolah agama tahfiz.. derma berapa pun takpe tapi kalau kita derma 50 ringgit 50 kali ganda Allah tu bagi pahala kat kita..saya bagi resit bayaran ni kalau tak percaya (sambil tunjuk buku resit kat aku)..kalau cik derma lebih dari rm50 saya bagi sebotol madu. cik derma berapa pun xpe janji ikhlas..
 
Aku: Tak payah laa bagi resit sambil pandang muka Encik Saiful.
 
Encik Saiful keluarkan RM2 dan bagi kat pemungut derma tu
 
Pemungut derma: TERUS BUAT MUKA MACAM HAREM TARIK MUKA MACAM TAK PUAS HATI
 
Encik Saiful:  Tadi kata ikhlas kan..ni saya ikhlas laa nak bagi ni. berapa pun takpe janji ikhlas kan!! (Encik Saiful buat muka slumber je)
 
sungguh aku terkejut dan terkedu giler bila tengok muka pemungut derma tu..dah laa kutip derma pastu leh plak buat muka macam babeng..rasa nak je maki pompuan tu " weii pompuan dah nama pun derma jadi ikut suka hati bapak aku laa nak bagi bape pun..janji aku niat ikhlas nak derma.kalau nak derma pun ada syarat baik aku bagi je duit tu kat mak bapak aku je lagi aku puas hati!! ni entah yer entah tidak kau tu pemungut derma entah2 duit derma tu kau kedarah sorang2!!


22 April 2013

Boleh Tak Jangan Nak Menumpang!!!!

 

 
Assalamualaikum Semua..

Hari ni nak story pasal tabiat suka menumpang ni..Aku tension betul bila ada mahkluk yang suka laa menyusahkan aku..ni citer pasal bab nak tumpang kereta..aku memang tak berminat laa dengan tabiat macam ni..lantak laa orang lain nak kata aku kedekut ke apa aku x peduli dan aku x amik pusing pun sebab itu kereta aku, bukan kereta sape2 pun jadi itu hak aku kan.. SO WHAT??.. banyak lagi kerja amal jariah yang aku leh buat dari menumpangkan orang!!
 
Sebagai gadis melayu yang berbudi bahasa macam aku ni kan hahaha takkan laa aku nak bercakap macam  orang tak guna otak kan jadi aku ni bagi laa alasan yang dia atau pun orang lain leh faham..aku dah bagi hint sebenarnya tapi nama pun mamak konkang kan tau nak benda free je jadi memang jenis x faham bahasa laa jadi nyer..
 
Situasi Pertama di Office:
 
Mamak Kongkang: nak tumpang pergi keje esok boleh tak?? (tanya depan sume orang)
 
Gadis Melayu: Ha ok..(glurpp telan air liur..sambil senyum kelat padahal dlm hati dah menyumpah seranah dah) Tapi kena tunggu kat tepi jalan laa sebab senang nak pick up.
 
Mamak Kongkang: Ok  esok tunggu kat tepi jalan.
 
Dan Bila Malam... (SMS plak)
 
Mamak Kongkang: Esok leh kan amik g keje..
 
Gadis Melayu: Ha yer boleh..(sambil jari tekan msg dgn muka tak ikhlas)
 
Mamak Kongkang: Tapi boleh tak  amik kat rumah?? masuk simpang kiri dua kali dari tepi jalan tu..
 
Gadis Melayu: (Terkedu sambil baca mesej yang macam HAREM tu) 
 
What the F**K..rasa nak je msg wei mamak konkang ko tu dah la menumpang aku pastu leh plak demand nak suh aku amik kat depan rumah..
 
tapi macam aku bagitau tadi laa sebab aku dah bengang tahap cipan jadi aku just balas OK dari aku mesej ayat-ayat power rangers kang jadi  gaduh then masam muka lak kan..
 
Situasi Kedua:
 
Mamak Kongkang: Balik ni nak tumpang leh tak??
 
Gadis Melayu: Ha ok
 
On the way nak balik tu aku siap tunjuk kat dia niat nak suh dia bukak mata luas2 yang LALUAN KAMI BERBEZA..BERLAINAN EXIT!!!
 
Gadis Melayu: laluan aku x sama dengan laluan hang..laluan nak pergi dan balik keje memang x sama..hang masuk exit lain aku exit lain.. kalau aku amik hang kira aku kena patah balik laa then baru masuk hgway.
 
Mamak Kongkang: Ooo ha ok2 faham2..mmg x sama laa.
 
Then malam tadi...
 
Mamak Kongkang: Esok pagi leh tak amik pergi keje??
 
Gadis Melayu: (Terkedu sambil geleng kepala baca mesej..memang dasar mamak kongkang susah nak faham ape orang terangkan)
 
Dan akhirnya aku bagi alasan.. so pandai2 ko laa nak g keje k.ko nak naik bas ke, jalan kaki ke even merangkak sekalipun sukati ko laa.. aku dh malas nk pikir.
 
Mesti antara korang yang baik hati cakap pe salahnya kalau tumpangkan dia kan.tul x??
 
 
Sebab2 aku tak bagi tumpang:
 
-pagi2 aku memang kalut nak pergi keje bukan aku je sume orang pagi2 rushing nak pergi keje dengan jalan jammed. cuba pikir kalau hari tu tetiba aku terbangun lambat ha cmne tu?? tak ke bertambah kalut sebab nak amik si mamak kongkang ni n nak g keje.
 
-aku tak suka ada komitmen atau terikat dengan someone cuba pikir kalau aku tetiba emergency ke tak ke menyusahkan je
 
-mamak kongkang tu dah berlaki..jadi laki dia leh hantar dia g keje kan so nape nak tumpang aku. Tido sama hari2 leh je apsal nak hantar bini g keje hari2 x leh plak (ha kan aku dah 18sx)
 
-aku nak dia belajar usaha sendiri sebab aku dulu pun masa takde kete boleh je pergi keje naik bas. takde plak aku terhegeh2 nak menumpang orang.
 

28 Mac 2013

Malas Make-up???

 

 
Salam Semua...

Ermm hari ni saje nak story pasal make-up..kebiasaannya aku pergi mana2 x kira la office ke, kua jenjalan ke xkira laa walau kua umah semata2 nak g tapau sekalipun aku akan tetap make-up..tapi x laa over2 gitu..agak2 laa kan ikut tempat yang kita nak pergi tu..jangan laa setakat nak kua g beli makan pun dah macam nak g kenduri kahwin..melampaui batasan nama nyer kak kiah ooiii
 
Tapi pernah tak korang rasa macam yang aku rasa..ada masa dan ketika nya aku langsung xde minat nak make-up..dalam erti kata lain malas nak make-up..leh je uat muka kering pas mandi, pakai suar baju tudung leh je kua umah tanpa secalit make-up..lantak pi laa muka pucat lesi ke, muka mcm orang balik dari lemas ke, muka macam hantu kubur ke aku x kira dah..sebab bila tahap malas aku dah mencapai ke tahap dewa, memang aku tak nak ambil peduli..
 
Nasib baik encik Saiful jenis tak kisah bila aku kua tak make-up..eehh tapi kadang2 kisah jugak hahaha..ada ke kata aku macam makcik2..mulut dia ni kadang2 mcm ultraman gak berapi jer kua nyer..ahh peduli pe kan janji hati dah suka kena terima laa aku seadanya nyer dak..asyik nak make-up jer kekadang rimas jugak..muka ni bukan nyer poster asyik nak berkaler maler je huhuhu

13 Mac 2013

Hadiah & Pendapat???


 
Assalamualaikum Semua...

Ape ke hal nyer laa aku ni..nak up satu entri pun punya laa payah..huhuhu ahh lantak laa janji aku update kan kan kan..Nak minta tolong korang semua leh x?? aku nak minta korang bagi idea, buah fikiran, pendapat xkira laa walau pendapatan sekalipun janji semuaya boleh diterima dek akal kan..

Ni pasal hadiah harijadi aku laaa..Encik Saiful tanya kat aku, aku nak hadiah apa..aku pun fikir laa apa aku nak ekk?? Encik Saiful kata mahal pun xpe janji cuma SATU je..aku pun pikir punya pikir apa aku nak ekk sebagai hadiah??  Hari Sabtu lepas kami jenjalan Queensbay  Mall konon2 aku nak beli hadiah birthday..bayangkan dah masuk shopping mall pun aku xtau aku nak apa sebagai hadiah harijadi aku tuu..Encik Saiful kata gitau je nak hadiah pe..dia bayar je.

Aku masuk Butik Guess tapi handbag xde plak design yang berkenan kat hati...jalan2 lagi last2 aku masuk Butik Bonia..Ada gak berkenan di hati sekali harga RM1100++..aku pandang muka Encik Saiful..Encik Saiful bagi green light..tapi aku pikir balik kesian laa pulak sebab dia nak bayar harga ribuan ringgit semata2 hanya kerana sebuah handbag kan..Jadi xpela aku x jadi laa nak amik..

Tapi sampai sekarang aku still xtau nak hadiah pe..korang ada pe2 cadangan ke atau idea ke..kalau korang berada kat tempat aku, hadiah pe korang nak??
 

17 Februari 2013

Sudah..Cukup Cukup Sudah!!!



Assalamualaikum Semua..
 
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya jugak update satu entri baru untuk Tahun 2013 ni.. Pe kes lama sangat menyepi?? ada laa kes nyer hahaha..dah setengah tahun aku x update ape2 cerita pun..entah laa aku pun tak tau laa kenapa aku jd malas nak update blog.. bukan blog x berjengah..tp xde pe yang nak di update kan huhuhu..
 
Kali ni cuba mengumpulkan semangat rajin tu balik..aku jenguk blog kawan2 tp hanya menjadi silent reader..cukup laa hanya memerhati dan tahu khabar berita terbaru kawan2 dari jauh..itu sudah cukup. tak komen bukan bermakna aku x membaca setiap entri terbaru kawan2..yer dak!! Ape pun harap2 semangat untuk kembali rajin untuk update blog ni tak pancit di tengah jalan..harap2 korang ingat aku lagi..kalau x ingat tu cuba hantuk kepala korang kat dinding sikit dengan harapan ingatan korang pada aku kembali pulih..hehehe!! Ok laa sebelum melalut baik aku mengundurkan diri..Sekian. Yang Dekat Tapi Jauh..(Ceehh ayat x leh blah!!)

18 Julai 2012

WORDLESS WEDNESDAY!!!


sumber: Google

16 Julai 2012

Sayur Kampung...

Assalamualaikum Semua...

Bila sebut sayur kampung je dah terbayang dalam kepala otak betapa kecur liur bila terbayangkan pelbagai masakan berasakan sayur2 kampung..yela tambah2 plak tak lama lagi dah nak masuk Bulan Ramadhan kan jadi macam2 juadah laa yang jadi pembuka selera..tapi bagi aku sayur kampung memang sangat2 boleh membuka selera dan kalau korang nak tau sayur kampung yang paling aku suka ialah PUCUK PAKU..aku boleh kecur liur dan tetiba terbuka selera nak makan bila terpandangkan pucuk paku ni..


Selain pucuk paku banyak lagi jenis sayur-sayur kampung yang sememangnya boleh membuka selera bagi para penggemar macam rebung, keladi, pucuk ubi, kangkung, nangka muda, jantung pisang termasuk segala ulam-ulaman kampung..Mungkin ada antara korang yang gemarkan sayur kampung dan ada pulak yang tidak..yerla selera masing2 kan mana nak sama yer dak..jadi apa kata kita sama2 berkongsi rasa dan selera tentang sayur kampung apa yang korang suka tambah2 sebagai juadah berbuka puasa nanti..



p/s: serius aku teringin cendawan busut..sedapnya kalau di masak rebus air jer..wangi jer!!!

12 Julai 2012

Emas Dan Emas Putih???


Assalamualaikum Semua..

Bila sebut pasal emas tentu semua orang akan tertarik kan sebab emas kan mahal walau hanya beberapa gram sahaja tetapi harganya boleh mencecah ratusan dan ribuan ringgit..tambah2 emas sangat2 sinonim dengan wanita sebagai aksesori diri..dan ada plak sesetengah orang sekarang ni yang mula membuat pelaburan emas...woowww makcik kayoooo!!!


Tapi soalannya di sini ialah antara emas dan emas putih..mana yang korang suka dan minat..??Bagi diri aku pulak aku lebih minat emas dari emas putih sebab warna emas lebih menarik dan berkilau jer bila kita pakai..lagipun value emas lebih tinggi kan dari emas putih bila nak trade in nanti..yerla emas kan tukar design2 baru jd leh laa trade in..entah laa aku tau sikit2 jer pasal emas ni sebab aku ni memang jadi pengikut setia my supermak ke kedai emas..xtau sangat bab 22K ker 24K ker..yang aku tau bila aku sampai kedai emas aku tengok rate emas 916 tu jer..kira belum khatam lagi ilmu emas ni janji aku suka barang kemas huhuhuhu..


Jadi korang plak macamana yer?? antara emas dan emas putih yang mana satu korang suka?? atau korang memang tak minat emas a.k.a barang kemas ni..mana nak tau kot badan korang gatal2 atau alergik ke pakai barang kemas..kalau camtu kira untung laa hubby korang kan jimat duit tak payah belikan brg kemas untuk korang..hehehe tapi peratus addict wanita dengan barang kemas memang tinggi jadi jangan nak tipu laa kata tak minat hahaha