12 Disember 2011

Bergayut??? Buat Panas Telinga Jer...


Assalamualaikum Semua..
Tengok tajuk entri hari ni bergayut..bukan nak citer pasal bergayut macam tarzan ke atau monyet ker tapi kali ni nak citer pasal hobi sesetengah daripada kita ni yang suka bergayut di telefon atau bahasa lain nyer bercakap atau berborak di telefon berjam2 sampai dah naik panas telinga..zaman sekarang ni kan masing2 dah ada handphone, jadi lagi laa privacy kalau nak bergayut kat dlm bilik sorang2..tu yang buat handphone ni jadi bertambah2 penting sebab kalau takde handphone rasa cam something missing..sebab tu laa harga handphone pun dah makin melambung tinggi sampai kadang2 aku rasa harga handphone pun dah boleh buat downpayment beli motor dah..



kalau dulu2 kita cuma guna telefon rumah tak pun kita bergayut guna public phone je..teringat dulu2 mak dan abah bising2 kat kak yong ngn kak ngah (arwah akak aku) sebab bil telefon melambung tinggi sampai beratus2 sebulan..yang lawak nyer mak dah siap kunci nombor2 kat telefon tu tapi akak2 aku ni memang pakar bab2 macam ni..ada je jalan nyer nak bukak kunci tu..sampai mak aku pelik, telefon dah kunci tapi bila tinggi jugak..hahaha lawak pun ada.tapi mak aku tau anak2 dia punya hal laa ni..pastu kadang2 diorang g keluar semata2 nak pergi bergayut kat public phone..kadang2 aku pun diorang angkut sekali..aku pun ikut jela sebab takkan nak biar akak aku g sorang2..bahaya gak akak aku sorang2 kat public phone tu..aku ni laa yang jadi patung cendana dok atas motor tengok dia bergayut..sabar jela..


Dulu mana ada handphone, jadi diorang siap ada jadual nak guna telefon kat rumah tu ikut giliran korang tau tak?? so akak aku ni bgtau laa siap2 kat pakwe dia pukul bape yang pakwe dia leh col..aku dah rasa telefon kat rumah aku dah jadi macam office operator telefon jer...hotline tau tak.aku dah malas nak angkat telefon sebab kalau angkat pun bukan nak cakap ngan aku..dalam hati aku, akak2 aku ni jampi apa laa kat pakwe2 diorang ni sampai telefon tak berhenti..terfikir dalam kepala otak aku ni apa laa yang di sembangkan sampai boleh bergayut berjam2..bila aku tanya diorang, diorang marah aku balik, diorang siap leh sound aku balik " weii adik, ko tu budak2 ko apa tau?? nanti kalau ko dah besar haa baru ko tau..skrg leh ar cakap banyak sebab tak tau bergayut lagi.." yer aku ingat lagi ayat tu sampai skrg..dan aku akui mmg betul cakap akak aku tu..sebab aku pun jadi macam diorang gak skrg hahaha..


Tapi tu semua cerita dulu laa..aku pun tak tau kenapa begayut ni automatik akan jadi hobi bila korang dah ada pakwe atau makwe..sebab apa ekk?? kadang2 tu siang tu dah jumpa dah..tapi malam masih lagi nak bergayut leh berborak sampai berjam2..tapi member2 aku yang dah kawin semua cakap, "alaa bergayut ni time baru2 nak mengayat jer, time tengah bunga2 cinta jer sebab tak dok serumah, tak mngadap muka hari2 lagi sebab tu semua nak di cerita, semua nak di bagitau semua nak kena buat laporan itu laporan ini..tapi bila dah kawin, ermm boleh kira bape kali suami tu call..just call nak bagitau perkara yang penting2 jer..


Kalau pada yang tengah hangat bercinta tu, perrgghhh bergayut berjam2..credit laju macam air pun tak kisah janji dapat dengar suara yang tersayang..tersenyum2 tergelak2 cakap pun manje2 gitu..tapi kan bila aku dengan Encik Saiful ni lain laa plak..aku ajak borak dalam fon pun dia tak bape nak..katanyer "buat pe nak bergayut, dari sembang dalam fon baik kita jumpa terus dapat gak tengok muka ni just dengar suara jer..lagi jimat tak payah nak bazirkan credit, lagipun kalau dalam fon tak reti laa nak cakap apa...cakap lama2 buat panas telinga je..lagi satu, kalau kita guna lama2 sangat fon tu lagi laa tingkatkan radiasi..senang kena kanser tau tak.." haa begitu laa alasan2 dan hujah2 yang kukuh yang digunakan untuk Encik Saiful..

Ermm tapi walau apa pun, hobi bergayut ni memang tak dapat dipisahkan  bila dah melibatkan soal hati dan cintan-cintun ni..cuma bergayut tu biarlah berpada2 jangan sampai bergayut sampai tidur pun lewat2 malam pastu tak pasal2 terbangun lambat lak esok pagi nyer, pastu mula buat muka mengantuk sebab tak cukup tidur..

9 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

berckp mana yg perlu aje..hikhik..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

yerla yui..masa mula2 jer nak bergayut sakan nanti lama2 cakap yang penting2 jer..standard ler org lelaki ni..hehehe

Katak Bulat berkata...

bila dibaca title blog kamu kan..teringat dekat novel hadiah dari seorang kawan yang bertajuk "Biar YM Berbicara"


salam bloger..

LydSunshine berkata...

Mmg kalo bergayut sampai terbakar cuping telinga. Paling lama penah sampai 5 jam. Tah apa la yg saya bualkan masa tu. hehe.

aliza berkata...

salam kenal dan dofollow sini

ala kelakarnya sipatung cendana nieh... habis sekarang 'patung cendana' dah ikut bergayut blom? Baru taw kan sehari x bergayut macam setahun x jumpa, rinduuu

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Katak Bulat

haa tu laa sama tapi tak serupa kan..saya belum lagi baca novel tu.salam blogger untuk awak juga!!!

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: LydSunshine
fuyoo sampai 5 jam tuuu..pakai bil ke prepaid tu?? memang kalau fikir balik apa la yg kita sembang sampai berjam2 tu kan..kelakar pun ada..kadang2 bergayut dr bateri full dah sampai bateri out..hehehe

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: aimaniman
salam kenal untuk awak jugak dan time kasih bebanyak sbb sudi follow saya..
"patung cendana ni pun dah tersampuk kena penyakit bergayut" hahaha..

Masya berkata...

hihihi.. bergayut ni dah lama tinggalkan.. dulu masa zaman belajar jer sbb tepon familykan jauh diperantauan....

tp dkt dalam opis sy ni ade sorang tu satu hari klu x bergayut pnjg mmg x sah.... sampai kt org ni naik heran...