24 Februari 2011

Merempit pegi keje...???


Petang ni aku nak merepek skit pasal transport aku nak pegi keje..sebelum ni aku mmg pegi keje drive sendiri..tp sejak bergelar Mrs.Saiful ni dan merangkap "PUAN BESO"(hahaha)aku dah xpegi keje sorang2 lagi..setiap hari aku dihantar dan diambil oleh En.Saiful.Tiap2 pagi dia yang kene tunggu aku...kadang2 dah sampai dia bengang tunggu aku lelama..ala orang lelaki bukan leh tunggu lama2 kan.aku ni mmg lambat skit bersiap..aku pun xtau la apa yang aku siapkan..tp tiap2 hari bila time balik keje dia plak yang lambat amik aku...bayangkan aku kuar ofis kul 5.30ptg tp aku xpenah pun lik kul 5.30ptg..dia amik aku kul 7 xpun 7.30mlm..
adoiii bila pkir balik aku rasa lagi lama aku kene tunggu dia kan?? ini tidak adil huhh!!! ada sekali aku bengang sbb dah lama sgt aku tunggu tp xjgk muncul2.last2 gtau aku dia ada meeting..aku nak nek bas dia xbagi plak..nak dipendekkan citer nasib baik ofis aku sebelah ngan 2,3 buah shopping mall.jd drpd aku melopong tunggu dia bek aku p window shopping sementara nak tunggu dia sampai...aku dengan slumber bedah jela pkai baju kurung jalan sorang2..heheheh.Lately ni En.Saiful kerap g KL atas urusan keje.jd aku kene drive sorang2 la pegi dan balik keje..tp walaupun aku sendiri yang drive aku ttp lik lambat gak sbb aku mmg x suka kuar ofis awal2..
jammed yang membuatkan aku jd benci nak dok dalam kete lama2..time tu aku rasa nak kuar kete dan nak nek motor plak..cam aku leh buat magic lak kan!!! Ngggeeee...
Haaa berbalik pada topik dan citer asal aku pasal transport nak pegi keje ni aku ingat aku nak nek moto laa..tp aku mana ada motor.time sekolah dulu jer pakai moto.skrg dah pakai kete...dulu masa mula2 keje mmg nak beli motor tp mak x bagi..
Mak ckp dia takut tengok motor laju2 je atas jalan..n dia takut sejarah lama family aku berulang..xnak jd mcm arwah kak ngah aku yang meninggal sebab accident motor laa..jd mak aku fobia tu yang x bg aku naik motor..emm kalau lah aku leh naik moto pg keje kan bagus.lagi jimat.dari segi kos minyak dan kos parking laa..tp betul gak cakap mak aku klu nak pkirkan dari segi keselamatan mmg bahaya la naik motor ni..cuma bila time jammed la yang untung klu naik motor..cepat dan pantas!!!

22 Februari 2011

Hidup ini indah...


hallooo...lama aku x update blog ni.lama x lama jugak la kan..xde mood nak mencurah idea untuk ayat-ayat kat blog ni..hari ni aku x sihat..serius mmg aku x sihat.ini betol2 bkn cubaan tau.tp aku datang gak keje pasal MasyaAllah keje aku yg berlambak tu sape nak settle kan..jd aku kuat semangat nak datang jgk ofis..petang ni aku rasa macam nak berceloteh tentang benar kah hidup ini indah?? Lain orang lain persepsi@ pandangan mengenai hidup ni kan..tp pd aku hidup sentiasa ada turun naik,suka duka, tangis dan tawa dan macam2 lagi..kadang2 kita nak hidup kita sentiasa perfect contoh macam berkerjaya, berharta dan keluarga yang cukup bahagia..segalanya seperti yang kita aturkan..langsung x pikirkan masalah..tapi mampu ker kiter mengatur semua tu?? tiada yang sempuna dalam kehidupan seharian kita..jd kita kene berpegang balik pada hukum Allah..percaya pada Qada' dan Qadar..segalanya telah ditentukan..mungkin waktu kita gembira ada yang berduka dan mengalirkan airmata, waktu kita merasakan kita lah orang yang sgt2 malang tp masih ada lg orang ditimpa kesusahan yang lebih hebat dari kita..cuba kita fikir sejenak jika hidup kita seperti yang kita aturkan tanpa sebarang konflik dan masalah yang timbul, adakah hidup kita sempurna.macam xda cabaran pulak kan..macam plot cerita la mesti ada turun naik kan..hidup kita berperingkat-peringkat..dari susah pastu senang sikit demi sikit..cuba kita imbas balik cth masa kita sekolah2 dulu kita berjalan kaki,naik basikal pastu bila dah mula keje kita dah ada gaji kita mampu nak beli motor pastu kita kumpul duit lagi kita dah mampu beli kereta.tapi kita pun tau kan bkn senang nak mencapai semua tu dlam sekelip mata..makan tahun jugak kan..step by step..nak mendapatkan semua tu bukan mudah terpaksa bersusah dulu betul x?? jd kesimpulannya kita perlu ingat ape pun dugaan dan cabaran yang datang samada baik mahupun buruk kita kena terima dengan tabah dan rela hati dan anggap itu adalah ketentuan hidup kita yang telah diaturkan oleh Allah s.w.t...hidup ini indah kerana diwarnai dengan pelbagai kisah dan cerita..Allah mnguji kita samada kita mampu@tidak untuk menjalani ujianNya..Wallahualam...

11 Februari 2011

kenapa abang cintakan sayang ?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar..

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 

Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan....

pernikahan @ perkahwinan...


Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Mencari Cinta...


Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”
Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”
Wallahu’alam..