28 Disember 2011

Wanita, Baju, Beg, Kasut Dan Make-Up...

Assalamualaikum Semua..
Dah lama aku tak update..bukan ape dapat cuti lama ni jadi aku pergi ler holiday..tapi bukan bermakna bila aku tak update blog aku biarkan je blog ni..aku masih lagi singgah melawat kawan2 yang sudi tinggalkan komen dan tengok entri2 terbaru di blog diorang..Hari ni baru ada kesempatan nak buat entri baru kat blog ;-)


Tajuk entri hari ni agak panjang..Wanita, Baju, Beg, Kasut Dan Make-Up..fuhh panjang kan tajuk nyer??tapi kan walau korang rasa tajuk ni panjang tapi itu lah hakikat dan fakta sebenar mengenai wanita..Aku sebagai wanita ni pun memang mengaku perkara2 ni memang tidak boleh lari dalam kehidupan kita selagi kita bergelar wanita..


Sebenarnya tanpa kita sedar, wanita ni telah banyak menghabiskan wang ringgit ke arah perkara2 yang aku senaraikan tadi..cuba korang pikir elok2 ada tak dalam sebulan korang tak membeli benda2 ni semua..pada aku tipu laa kalau korang kata dalam sebulan tu korang tak beli baju ker, beg ker, kasut ker, make-up ker..mesti ada kan..tak kira laa yang mahal atau yang murah sekalipun tapi ikut mana pun korang mesti beli kan..betul tak?? haa baik mengaku cepat..tak baik tipu tauuuu..


Kalau dipikir2 balik, kenapa laa kita sebagai wanita ni langsung tak boleh nak halang diri kita dari berbelanja ke arah benda2 ni semua?? kenapa..kenapa dan kenapa?? Nafsu untuk membeli benda2 ni semua sentiasa ada..langsung tak boleh berpantang..memang laa pantang tapi pantang tengok mesti nak beli kan!!!


Ermm sebagai wanita tabiat ni memang kita tak boleh nak ubah sebab dah sebati dalam diri kita..kan wanita ni suka pada kecantikkan..walaupun kadang2 koleksi baju tu dah sampai tak muat almari dah nak simpan tapi kita masih lagi nak membeli baju..rak kasut dah penuh dah tapi masih lagi nak tambah koleksi kasut..beg tangan dah macam2 bentuk, jenis dan jenama tapi masih lagi nak beli beg tangan..alat make-up dah banyak, eye shadow tu dah macam2 warna ada tapi masih lagi nak beli konon2nya ada lagi warna2 yang kita takde sebab tu nak beli lagi..Lipstick pun sama gak..adoiii kalau pikir2 balik, memang macam2 ragam kita ni kan sebab tu la tak boleh nak salahkan orang lelaki kalau diorang labelkan kita sebagai kaum yang boros dan suka shopping dan kadang2 suka membazir..betul tak??


23 Disember 2011

Katakan Tidak Pada Menjahit??

Assalamualaikum Semua..
Tetiba hari ni aku nak bukak topik pasal menjahit..korang suka menjahit tak?? Serius aku bukan tak suka tapi memang aku tak reti..aku suka tengok orang menjahit jer laa..tambah2 lagi kalau orang menjahit manik..halus jer hasil tangan diorang..cantik dan kemas jer..suka aku tengok..tapi untuk aku memegang benang dan jarum dan mengadap benda tu memang aku tak sanggup..aku respect ar sape2 antara korang yang memang ada hobi dalam jahit menjahit ni..


Dulu aku ingat lagi, mak aku bising2 suruh pegi belajar menjahit..aku dan kakak aku punya laa tak nak..macam2 alasan laa yang aku dan akak aku bagi kat mak..mak cakap senang kalau dah pandai menjahit ni..baju sendiri tak payah hantar upah kat orang..kita boleh jahit sendiri..sekarang ni upah jahit baju pun dah mahal..kami buat tak tau jer sebab masa tu terpikir, ala apa susah, agak2 tak reti hantar jela upah kat tukang jahit..dan kesannya bila sekarang, dah terasa upah baju tu dah mahal mula terasa menyesal kenapa tak belajar menjahit dari dulu2 lagi..sebab mak aku pernah sound akak aku balik bila akak aku merungut upah baju dah mahal pastu dia nak amik kelas belajar menjahit plak..mak aku pun apa lagi, kasi fire laa.."haa tu la dulu mak suruh belajar tak nak, sekarang baru nak tergedik2 nak belajar..tau pulak ko upah dah mahal kan..akak aku terkulat2 laa bila kena fire ngan mak aku..aku plak diam jer malas nak menyampuk kang aku plak kena fire sekali sebab aku tengok mak aku dah mcm ultraman je, ckp sikit nak fire..cakap sikit nak fire..


Pada aku nak menjahit ni kena betul2 ada minat..kalau setakat kau nak acah2 je konon2 nak mengisi masa lapang baik kau lupakan aje niat tak bape nak serius kau tu..sebab nak menjahit ni nak kena tekun sebab dulu aku tengok mak aku punya laa lama duduk kat kerusi mengadap mesin jahit tambah2 plak time nak raya..siap amik upah jahit baju tu..pastu plak kalau jahit langsir, aduhh aku tengok pun aku leh sakit pinggang..kang melekat plak punggung tu kat kerusi sebab duduk menjahit lama sangat..



Tapi serius bab2 menjahit ni bukan lah satu perkara yang di pandang remeh..sebab dari menjahit ni laa kita boleh menjana pendapatan yang lumayan (wah cakap dah macam pakar ekonomi jer)..haa laa tambah2 lagi kalau time raya dan hujung2 tahun..orang berlumba2 menghantar baju pada tukang jahit..kang lambat antar ada plak yang tak berbaju raya nanti...yang hujung tahun plak kes nak melaram bila pergi kenduri kawin..kalau yang amik tempahan langsir lagi laa masyuk..ada jiran aku dia boleh buat rumah guna duit upah menjahit tu jer dia himpun2 lama2 leh buat umah besar ko tau tak..



Tapi nak buat macamna kan, sebab tangan aku ni memang keras macam kayu kalau bab2 nak menjahit ni..nak pegang mesin jahit lagi laa..jadi terima jela nasib, baju2 semua kena tempah sebab mak aku dah bersara dari dunia menjahit ni..lagipun dah rabun kang puas2 nak jahit baju terjahit tangan plak..oohh tidak minta simpang yer mak!!! biar lah anak mu ini menghantar tempah pada orang lain..mahal pun mahal laa janji mak duk umah diam2 ok!!


22 Disember 2011

Salah Ker Berstatus Bujang???

Assalamualaikum Semua..
Mungkin dulu atau sekarang korang pernah rasa macam aku pernah rasa sekarang..nak tau apa rasa tu?? Rasa boring bila nak menjawab soalan2 cepu emas, cepu perak ke cepu gangsa sekalipun..nak tau apa plak soalan nyer yang sampai aku leh jadi boring tu?? soalan pasal KAHWIN..


Kadang2 aku terpikir adakah memang menjadi trend ker atau memang menjadi kewajiban di kalangan orang2 kita mesti kena kahwin cepat2..terutama kalau balik kampung, ada dengan saudara mara atau jiran2 sekampung, mesti soalan tu la yang keluar...adoii tolong laa jangan laa tanya soalan2 peribadi tu banyak2 kali sangat..aku sendiri pun takde jawapan kenapa aku masih lagi bujang sampai sekarang sedangkan kawan2 aku majoriti dah kawin dan dah ada anak2..ada pulak tu yang dah kawin, bercerai dan kawin lagi sekali dah pun tapi aku masih lagi belum nak  menamatkan zaman bujang aku..pada aku, aku hanya berpegang pada takdir Allah s.w.t..kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segala2nya..walau kita rancang dengan penuh teliti dan rapi sekalipun tetapi jika tanpa izin dariNya tetap jugak takkan berlaku..ada saja halangannya..tetapi jika Tuhan memang mengizinkan semuanya akan berlaku dengan lancar dan diberi jalan tanpa sebarang halangan pun..


Kadang2 jadi pelik dengan sikap sesetengah orang yang suka bertanyakan status orang di khalayak ramai..penting sangat ke soalan tu sampai depan semua orang pun nak ditanyakan soalan macam tu..?? cuba pikir dengan akal jangan main sedap mulut jer bertanya hal peribadi orang..banyak lagi soalan lain yang kita boleh tanya dan kita boleh sembang selain dari soalan2 macam tu..kadang2 aku rasa soalan macam tu boleh menjatuhkan air muka seseorang tu..ha laa cuba korang bayangkan kalau orang tu dah umur 30++ tahun tapi masih tak kawin2 lagi mesti laa dia jadi segan nak jawab soalan maut tu depan semua orang..mesti orang akan pikir macam2 pasal dia..mesti ada tanggapan yang kata mesti dia  terlalu memilih, atau mungkin tak suka berkawan sampai takde pakwe langsung..ataupun memang dia tak laku sampai takde sape nak masuk meminang..


Salah ker berstatus bujang jika benar2 belum bertemu jodoh??..atau salah ker jika kita lambat kahwin?? adakah kawin awal tu boleh menjamin kebahgiaan rumah tangga untuk selama-lamanya?? memang semua nya Allah yang tentukan jadi kita kena laa berbalik pada Allah bila dalam segala hal pun.orang lain hanya pandai bercakap, pandai menunding jari sedangkan kekuasaan dan takdir dari Allah langsung di tolak ke tepi..


Bukan bermakna bila kita sudah ada kekasih, kita boleh melangsungkan perkahwinan secepat mungkin..ada sesetengah orang mungkin ada masalah dengan kewangan dan ada sesetengah orang plak wang bukan menjadi masalah utama mungkin ada hal lain contohnya nak sambung belajar dahulu sebab tak mahu campur adukkan study dan family bila berkahwin nanti..atau ada sebab2 lain..kita tak tahu apa masalah orang lain betul tak??..kalau bagitau pun bukan boleh tolong settle pun..sekadar jadi tukang dengar pastu kalau yang jenis tak sayang mulut tu lepas dengar masalah tu pegi pulak bergebang hal kita kat orang lain..last2 semua orang tau masalah kita tu!!



Kesimpulannya senang jer..walaupun aku kini berusia 26 tahun dan beberapa hari lagi nak 2012 ni aku nak mencecah umur 27 tahun dan aku masih lagi berstatus bujang namun aku bersyukur sebab Tuhan telah temukan aku dengan Encik Saiful walaupun tanpa ikatan suami isteri..memang perancangan untuk mengakhiri zaman bujang itu ada tetapi mungkin belum mendapat keizinan dari Allah..doa aku moga tahun 2012 ni, status bujang itu akan berakhir..Amin!!!


21 Disember 2011

WORDLESS WEDNESDAY!!!!

20 Disember 2011

SONGLAP..KERJA KOTOR SAPU BERSIH!!!


Assalamualaikum Semua..
Semalam aku dah tengok cerita SONGLAP ni kat Queensbay Mall..nak kata penonton ramai tu tak laa sangat..mungkin sebab dah 5 hari cerita ni kat panggung baru aku dan Encik Saiful ada masa nak pegi tengok..Serius cerita ni best cuma aku tak tau kenapa  publisiti untuk cerita ni kurang..tapi cerita ni memang kena layan sikit..Berlatar belakangkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, mengisahkan adik beradik yang terbiar lakonan Shaheizy Sam sebagai AM dan Syafie Naswip sebagai AD,  diorang terbiar sampaikan mak diorang dah tak kenal siapa diorang..sebab mak diorang jadi pelacur lakonan Normah Damanhuri.


AM dan AD ni terlibat dlm sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bernama MAMA..AM mengambil kesempatan dengan menggunakan bisnes MAMA sebab nak berjudi..Sementara AD pula ada impian untuk kehidupan yang lebih baik dengan harapan dapat menang pertandingan B-Boy sejumlah RM50 ribu..


RAZAK adalah kawan baik AD tapi dah meninggal sebab dah terlebih dos dadah..AD mula sedar impian dia takkan tercapai sebab kawan baik dia dah meninggal dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis2 muda yang dijual kepada sindiket pelacuran dan pemerdagangan manusia..


Namun apabila adik Razak iaitu HAWA lakonan Sarah Ali, yg sedang hamil dan terjebak dalam sindiket ini, AD cuba untuk selamatkan HAWA..walau tanpa sedar ayah Hawa iaitu PAK DIN lakonan Omar Abdullah  turut mencari HAWA yang telah lari dari rumah..


Tetapi niat baik AD telah menggoyahkan hubunganNya dengan AM..AD mengajak AM lari dari Kuala Lumpur dan pergi ke Kuantan ke rumah kakak HAWA, tetapi AM tak nak dan seterusnya AM dikejar samseng..kesudahannya AM cuba mengejar bas yang membawa AD dan HAWA tapi tak sempat..dan citer pun tamat..ending macam tergantung tapi kira ok laa boleh faham laa jugak kan..makna nyer AD dan HAWA boleh mula kehidupan yang baru di tempat yg baru dan mungkin AM akan terus terbiar tanpa arah tuju hidup di Kuala Lumpur..





Makna Di Sebalik Hadiah Lelaki???

Assalamualaikum Semua..
Pemberian sesuatu barang atau hadiah kepada seseorang sangat istimewa nilainya..Lebih2 lagi kalau hadiah itu diberikan kepada orang tersayang..tetapi bagi LELAKI membelikan hadiah buat isteri atau kekasih bukan nyer mudah..sebab lelaki ni kan susah nak ekspresikan perasaan diorang..jadi jom kita kaji makna di sebalik hadiah LELAKI..

P/S: NI LAA BUNGA YG PERTAMA ENCIK SAIFUL BAGI PD AKU
  • COKLAT DAN BUNGA = sebab kedua2 hadiah ni boleh mewakili segala perasaan..selalunya hadiah ni boleh diselitkan dengan ungkapan seperti "aku cinta padamu", "terima kasih",  ''maaf" dan sebagainya..
  • PAKAIAN = sebab DIA mahukan pasangannya sentiasa mengingati dirinya sepanjang waktu.
  • KASUT = sebab sebagai contoh kasut tumit tinggi..bukan saja cantik tapi nampak seksi bila digayakan, jadi DIA membawa maksud DIA mendambakan hubungan intim bersama pasangan.
  • BARANGAN KEMAS = Dah sah2 ada istilah Diamond are forever @ Diamond is a girl best friend jadi maknanya DIA benar2 dan bersungguh2 untuk menjalinkan hubungan serius dengan kekasihnya.

  • KARYA SENI = contoh macam puisi ker atau sebuah album yang dipenuhi gambar korang berdua, maknanya, DIA amat menghargai pasangannya..malah menganggap kehadiran pasangannya sebagai sesuatu yang sangat istimewa dan melengkapi hidupnya.
  • HIBURAN = contoh pergi ke suatu destinansi untuk menghabiskan waktu bersama, maknanya DIA ingin mencipta kenangan indah bersama pasangan. Selain dapat meluangkan masa bersama, inilah saat untu DIA meraikan hari istimewa secara eksklusif berdua bersama pasangan.

    19 Disember 2011

    Wangian Buat Diri...


    Assalamualaikum Semua..
    Wangian Buat Diri...Semua orang mahukan wangian buat diri agar diri terasa segar dengan haruman yang wangi pada tubuh badan..tambahan pula jika seseorang itu mempunyai kerjaya yang melibatkan berurusan dengan orang awam..kalau tak berurusan dengan orang awam sekalipun, dah tentu laa kita mahu sentiasa wangi..tapi kita kena laa jaga penampilan diri..jangan harap wangi jer tapi penampilan langsung tak kemas..penampilan kemas dengan bau badan yang wangi dah tentu orang yang berada berhampiran dengan kita rasa selesa..betul tak?? tapi jangan laa sampai pakai wangian terlalu menusuk dan menyengat hidung..yang sampai boleh buat orang lain sakit kepala bila cium wangian yang kita pakai tu..

     
    Apa pun lain orang lain juga citarasanya..ada sesetengah orang sukakan wangian berasaskan bunga dan kayu2an dan ada juga yang sukakan wangian yang manis macam buah..dan bagi diri aku sendiri, aku sukakan bau buah..bau manis jer..Namun walau apa pun perbezaan nya wangian ni boleh menjadi salah satu identiti buat diri..sebagai contoh..kalau Si 'A' memang memakai wangian dari Cristian Dior..jadi bila kita tercium bau haruman yang sama mcm Si 'A' pakai, automatik kita akan teringatkan Si 'A'..dan mesti akan cakap."eeh macam bau minyak wangi Si'A' laa..haa nampak tak betapa kuatnyer pengaruh dan aura minyak wangi ni..ataupun kita dah boleh kenal seseorang tu melalui haruman yang dia pakai..


    Tapi kan, untuk membeli sebotol minyak wangi ni boleh buat kita pikir 2,3 kali laa jugak kan sebab semua pun dah sedia maklum..harga sebotol minyak wangi pun dah mencecah ratusan ringgit..ada sesetengah orang, dia lebih suka pakai cologne je sebab harga pun murah je..tapi pakai pun bau tak lama mana nak buat pe..takkan laa asyik nak buh cologne je tiap masa..bila pakai bau tu kejap je dah hilang..tapi pada aku, takpela aku pejam mata laa kejap, mahal pun mahal la janji puas hati dan berbaloi sebab kalau aku dah suka aku nak jugak beli..teruk kan aku?? hehehe..kan aku dah kata lain orang lain citarasanya..apa ada hal..betul tak??



    UNTUK INFO:

    1.Perfume - Mempunyai kepekatan yg tinggi, tahan lama sebab tu mahal

    2. EDP - Eau de Perfume -peratus kepekatan tu kurang sikit,murah sikit dr perfume, masih boleh bertahan lama dan sesuai dipakai pada denyutan nadi macam pergelangan tangan, tepi leher dan lipatan siku

    3. EDT - Eau de Toilette - Tak boleh bertahan lama cuma antara 3-4jam tapi masih lagi boleh buat orang disekeliling kita selesa dengan bauan tu..sedang-sedang aje orang kata dan cara paling bagus, bawa dalam botol kecil..jd bila bau tu dah kurang kita boleh laa pakai lagi wangian tu.

    4. Cologne - Ia adalah wangian yang paling-paling kurang kepekatannya antara 3 jenis diatas dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.


    Pesanan Penaja:
    Semua jenama minyak wangi kat atas tu aku nak suggest kat korang sebab aku sendiri dah pakai...bau sweet jer..tapi mungkin citarasa tak sama..dah nama nyer suggestion kan..

    18 Disember 2011

    Wanita Dan Novel-Novel Cinta....


     
    Assalamualaikum Semua..
    Aku baru je beli 2 buah novel..mula2 ingat nak beli 1 je tapi disebabkan aku ni pembaca novel yg tegar jadi aku beli jela dua2 sekali..payah sangat nak pilih yang mana 1 yang aku nak beli..dua2 mcm best jer walaupun aku tak baca lagi baru sekadar baca sinopsis belakang novel tu jer..biarlah pada orang lain aku agak terlambat untuk baca novel ni atau dalam erti kata lain novel ni dah diulang cetak baru aku nak terhegeh2 nak baca..aahh biarlah janji aku baca gak..aku beli sendiri bukan pinjam novel orang lain pun..aku tak tau laa sekarang ni aku dah jadi pengumpul novel pulak..dah penuh rak buku ngan  novel2 ni..serius semua novel2 yang ada dlm koleksi aku semua novel cinta..aku tak berapa minat novel yang mcm ala2 seram dan mistik ni..aku suka novel genre cinta komedi romantik ke ataupun yang sedih sangat2 sampai aku pun boleh tangkap nangis time baca novel tu.. wahh aku nangis time baca novel??macam tak percaya jer.. panas bikin pecah lubang!!




    Kebiasaannya perempuan yang suka membaca novel2 cinta ni..Lelaki pulak cuma suka baca komik dan majalah contoh macam majalah kerete ker, haa satu lagi apa ke nama majalah yang untuk kaki pancing tu??Majalah Pancing ke Joran entah..Eehh sape ingat angkat tangan!!! tetiba lupa laa pulak..Ada pendapat kata orang yang suka baca novel ni, orang yang kuat berangan..Iye  ke?? Boleh percaya ke pendapat tu?? tapi pada aku laa memang laa baca novel ni boleh buat kita macam berada dalam novel tu..sebab kita dah membaca sepenuh hati jadi timbul laa satu perasaan sebab kita benar2 menghayati cerita..




    Sebab tu laa bila kita betul2 menghayati cerita tu kadang2 boleh buat kita menangis dan sedih bila ada part2 yang betul2 sedih..kadang2 pulak kita tersenyum2 baca novel tu contoh kalau part2 jiwang dan romantik..fuhh kena plak kalau dalam cerita tu hero nyer hensem dan romantik..waahhh jiwang tahap tak hengat..alaa lagipun sebagai perempuan kan memang dah ada sifat semulajadi yang senang tersentuh dan manja..jadi dah tentulah bila kita baca novel tu konon2 kita mengharapkan agar kita juga dilayan dan dimanja dan melalui kisah cinta yang sangat romantik macam dalam novel tu..



    sepatut nya orang lelaki kena baca novel laa..baru diorang tahu macam cara nak pikat hati wanita..tapi biasa laa orang lelaki ni mana nak baca buku yang tebal2 dan beratus2 muka surat ni..aku rasa diorang baru baca dalam 5,6 helai muka surat, diorang dah layan tido agaknya..tapi tak dinafikan ada jugak lelaki yang suka baca novel cuma peratusan tu kurang laa..harap2 lelaki2 yang suka baca novel2 cinta ni boleh la lebih memahami jiwa wanita..chewahh dah kuar ayat2 touching tuuu...






    17 Disember 2011

    Bila Lelaki Memasak??

    Assalamualaikum Semua..
    Ini baru 1st time aku bersiaran malam2 sebab Encik Saiful dah belikan aku laptop baru..nak harap aku beli memang takde nyer..terima kasih ler bebanyak yer Encik Saiful..tapi satu amaran keras dari Encik Saiful untuk aku masa terima laptop ni  "dah ada laptop ni jgn nak salah pakai, kalau aku tau salah pakai, aku amik balik laptop ni pastu aku hempuk laptop ni depan mata ko!!" (wahh amaran keras sampai bahasa ganti diri pun sudah tukar..Encik saiful memang garang tp baik hati sebenarnya hehehe..ala takut aku chatting & layan facebook la tu)


    ok laa malam2 ni kita sembang yang simple2 jela yer..disebabkan aku tgh lapar skrg ni apa kata kita sembang psal masak2 nak tak?? ehh2 bukan nak sembang pasal resepi2 masakan tapi aku nak bukak cerita sikit pasal lelaki dan memasak!!! kalau dulu2 bila sebut pasal memasak, mesti memasak ni sinonim ngan perempuan kan..tapi sekarang sesetengah lelaki pun dah lagi hebat memasak berbanding perempuan..cerita ni semua orang dah tau kan dan dah sedia maklum  hal ni..Tapi apa yang nak jadi topik malam ni lelaki ni kalau pandai memasak pun bukan nak memasak sangat pun..bukan tak pandai masak cuma malas jer..walaupun dia keje tukang masak sekalipun..kat tempat keje je memasak..bila balik rumah tak nak masak..dulu aku ada seorang kawan chef, tapi dia ckp bila dia balik rumah dia memang tak nak masak walaupun bini dia request suh masak mcm ala2 hotel gitu..alasan nyer sebab dia dah jemu ada kat dapur, pastu malas nak memotong dan siapkan bahan2 sebab kat tempat keje dia cuma masak je..bahan2 dah siap sedia..


    Tapi kan serius laa kadang2 aku suka gak bila lelaki memasak ni..sebab kadang2 hasil masakan diorang sedap sangat2 mengalahkan perempuan..walaupun masak simple2 jer tapi terangkat tuuu..contoh terdekat ialah abah aku..walaupun memang hari2 aku makan makanan  dari air tangan mak aku tapi bila abah aku start beroperasi kat dapur, wahh dah mengalahkan nak bukak restoran..asap dan bau dah macam kat kedai makan la plak..padahal abah aku masak simple je..bihun goreng je..pada aku kalau bab buat bihun goreng abah aku lagi champion dari mak aku..Sebab apa yer?? sebab bihun goreng abah aku tu simple je, warna merah2 oren (sebab aku tak suka bihun @ nasi goreng buh kicap) pastu tak keras sgt tak lembut sgt..(tapi bila kami puji abah masak sedap, mak mula laa ckp, "ala apa yg sedap nyer bihun abah ko ni, mak dah rasa mcm makan bihun plastik jer..") wahh mak ayat tak tahan..rileks ar mak takkan tergugat kot ahaks..


    Aku rasa laa kan lelaki ni bukan tak pandai masak cuma diorang malas je..sebab mungkin diorang pikir memasak ni remeh sebab nak kena potong bawang laa nak sediakan bahan2 segala dan pikir masak2 ni keje orang perempuan jer..tapi percayalah wahai lelaki, kalau korang tunjuk skill memasak korang tu, memang sedap walaupun hanya masak maggi goreng ataupun nasi goreng kampung jer..haa sebut pasal nasi goreng kampung ni, dulu masa aku duk kat Bangi, aku n member2 selalu lepak2 kat depan rumah aku sebab rumah kami dekat2 je..ada member aku ni abang dia terlebih rajin siap buat nasi goreng kampung untuk kami makan time melepak tu..nasi goreng kampung abang member aku ni memang terbaekk walaupun pedas tahap langit ke tujuh sebab bila makan aku dah rasa nak terbakar lelangit aku..punya pedas tapi sedap..bila aku tanya apa nama resepi ni sebab aku tengok nasi goreng dia simple sangat2.. abang member aku cakap nama resepi dia tu "nasi goreng kampung bodoh" apa kebenda nama resepi mcm tu..aku tergelak2 bila dengar..ahhh lantak laa bodoh pun bodoh laa janji sedap dan perut pun kenyang..baru rancak nak bersembang bila dah isi perut!!!


    Ok laa sebut pasal  makan ni aku dah bertambah lapar..k kita stop kat sini yer sebab aku nak bersiap..Encik Saiful nak datang amik lagi 15minit..nak serbu Old Town sebab aku dah lapar nii.ape kes makan tengah2 malam?? ahh lantak laa janji kenyang..baru aku leh tido lena bila dah isi tangki.. ;-)





    16 Disember 2011

    Aku Tak Kisah Kau Siapa Pun!!!



    Assalamualaikum Semua..
    Ermm hari ni baru aku ada kelapangan sikit nak buat entri baru..ok laa malas nak mukadimah panjang2 sangat.jom kita mulakan dengan segmen mari bercerita hehehe...malam semalam aku lepak2 kat Mc'D ngan Encik Saiful..jadi sampai2 je kat situ, kami terus cari tempat duduk..macam biasa laa Encik Saiful hulur duit pastu aku laa yang kena g beratur beli burger..dia memang malas nak beratur tau order jer ;-( ...aku pun beratur laa dan sampai laa turn aku..aku pun order laa dan disebabkan memang ramai orang time tu, diorang just amik order,bayar dan suh aku ketepi dulu sementara tunggu order aku siap..ok laa tapi yang jadi tak ok nyer bila aku berdiri sebelah perempuan yang separuh tak siap nak jadi lelaki ngan awek dia..


    takpe laa ikut suka ko laa dik non nak jadi apa pun..malas akak nak pikir pasal ko.tapi yang aku jadi geram tu, dah laa kat situ dah jadi sesak sebab ramai yang beratur dan yang tengah tunggu order siap, yang si perempuan separuh tak siap jadi lelaki ni dok buat over plak..dok buat drama cinta plak, siap buat aksi2 manja gitu..main cubit2 pipi, pegang2 tangan tu mmg dari mula2 lagi dah berkepit dah..dok buat macam awek dia tu cacat sampai nak kena berpegang tangan 24 jam..agaknya kepala otak dia yang sonsang tu pikir dia tak salah dan tak jatuh hukum haram laa sebab dia pegang perempuan..memang laa perempuan sentuh perempuan tu tak haram hukumnyer tapi dah kalau ko tu pegang perempuan siap dah bernafsu tu apa cerita pulak..ko nak defend diri ko nak kata ko pegang awek ko tu tak bernafsu?? kalau tak bernafsu, apa kejadahnyer yang sampai bercubit2 pipi, berbelai2 pipi, peluk2 pinggang awek ko, siap buat muka romantik konon2 ko laa lelaki terhangat tu ape hal nyer..ada ke sorang kawan perempuan tu layan kawan perempuan dia macam tu.. yang jadi aku lagi geram, sebab sebelah kami tu ada sorang makcik pun tengah menunggu macam aku gak..terkebil2 laa orang tua tu dok tengok perangai diorang.. 


    weiii aku tak kisah laa ko nak  jadi macamna pun, ikut suka ko laa nak jadi PENGKID ker, TOMBOY ker, BOBOI ker, BOBOBOI ker..itu ko punya pasal sebab aku tau orang macam ko mungkin dah rasa terlebih bagus sebab aku percaya orang di sekeliling ko dah tegur ko tapi ko yang memang jenis tak nak berubah sebab tu sampai sekarang pun ko leh buat drama cinta sonsang ko tu depan orang lain...cuma minta ada otak pikir laa, HORMAT laa orang sekeliling ko, jangan ingat ko dah jadi macam tu ko boleh buat ikut suka2 ko je..jaga laa perangai depan orang lain..benda ni aku terapkan dalam diri aku jugak..sebab manusia ni selalu nya menilai pada pandangan pertama..dah kalau kita awal2 lagi dah tunjuk perangai mcm tu, pikirlah apa pulak tafsiran orang lain pada diri kita..

    

    14 Disember 2011

    WORDLESS WEDNESDAY!!!!


    13 Disember 2011

    Kenapa Anak-Anak Sebagai Alasan..??


    Assalamualaikum Semua..
    Memula sekali aku memohon maaf kalau2 entri aku kali ni agak sentap dan buat ada antara pembaca yang terasa hati..tetapi serius aku geram sangat2 bila ada antara insan2 yangdah pun bergelar ibu atau ayah tapi masih bersikap penting diri dan pada aku langsung tak matang..mesti korang tertanya2 kenapa aku cakap macam tu?? kenapa topik ni yang nak aku bincangkan dalam entri kali ni?? aku cuma nak berkongsi cerita dan dlm masa yang sama aku nak korang pikir2kan kebenaran disebalik cerita aku ni..


    kadang2 aku pelik kenapa bila sesetengah orang (aku tak kata semua org ok..!!) yang dh berkahwin dan mempunyai anak mesti guna alasan anak2 sebagai penyelamat bila keadaan tersepit..dah banyak contoh yang jadi depan mata aku..aku ingat lagi, ada jiran aku kat kg tu, malam2 sanggup datang ke rumah aku sebab nak pinjam duit kat abah aku..alasan yang dia bagi sebab dia bagitau esok dia nak bawa anak dia pergi hospital, anak dia sakit..abah aku ni kesian laa sebab tahu anak dia ni OKU..jadi abah aku bagi sebanyak mana yang dia minta RM300..dia ckp bila dia gaji baru dia bayar..abah aku tak kisah sebab abah aku pikirkan anak dia yang OKU tu memerlukan rawatan..sebab tak salah kan bila kita ada rezeki lebih, kita bantu orang yang macam tu..tapi nak di jadikan cerita, jiran aku kantoi bila, abah aku jumpa abang kepada jiran aku tu kat masjid, abah aku tanya laa anak jiran tu dah ok ke bawak g hospital? korang tau apa jawapan abang jiran tu?? dlm masjid jadi saksi, abang dia gtau" ehh dia mana ada kat sini, dia g ikut rombongan pegi Langkawi.." what??? abah aku terdiam sebab terasa diri di tipu..niat nak membantu rupa2nya dah disalah gunakan oleh jiran aku tu..bagi duit suruh bawak anak pegi hospital bukan g makan angin sampai ke Langkawi..!!! yang jadi lagi sakit hati bila dah hujung bulan punya laa liat nak membayar sampai abah aku nak kena pergi lak minta hutang..



    Contoh lain plak, Encik Saiful ada bagi pinjam duit kat member dia..nak jadikan cerita, malam tu Encik Saiful pergi melepak kat gerai burger member dia..dah lama tak melepak kat gerai tu kata nyer, tengah2 diorang melepak, tetiba ada salah seorang dr diorang ajak Encik Saiful pegi menyembang jauh sikit dr yang lain2..Encik Saiful tanya laa kenapa?? member dia cakap nak pinjam rm100 sebab nak beli susu anak dan barang dapur..sebab duit dah takde..Encik Saiful ni lembut hati jadi bg laa pinjam sebab kesian bila dengar nak beli susu anak ngan nak beli barang dapur..weiii apa kes sampai nak beli susu anak dan beli barang dapur pun sampai nak minta duit kat orang?? ko sebagai seorang ayah patut pikul tanggungjawab untuk bagi nafkah pada isteri dan anak2 tapi kenapa sampai orang lain pulak yang nak kena tanggung family ko?? orang nak kawin ko pun nak kawin tapi bila nak bagi nafkah ko minta duit kat orang lain..duit gaji ko kemana?? apa yang ko buat ngan duit tu sampai keperluan asas pun ko tak mampu nak bagi kat family ko??tapi korang tau apa jadi, sampai skrg tak bayar2 lagi duit yang di pinjam tu..


    Yang paling baru ni plak, member Encik Saiful yang lain pulak buat hal, dia call Encik Saiful sebab nak pinjam duit rm300.alasan yg dia bagi sebab nak beli hadiah harijadi anak dia..aku ni jadi bengang laa sebab kot yer pun nak bagi pinjam pun jangan laa melampau2, dah la perangai masing2 macam apa jer lagi..pinjam pandai tapi bila bab nak membayar leh lak buat bodoh..last2 Encik Saiful kata kat member dia yang dia leh bagi tapi kena buat keje sikit..kira tak pinjam ar tapi kira upah sbb buat keje..


    Aku tak tau laa apa nak jadi pada kaum2 bapa, pada kaum2 ibu yang buat perangai mcm ni..tolong laa Tuhan bagi korang anak2 sebagai anugerah tapi kenapa korang selalu jadikan alasan untuk buat semua ni..sepatutnya korang makin bertanggungjawab makin matang dalam nak memikul tugas sebagai ibu sebagai ayah, kadang2 pelik suami isteri dua2 bekerja tapi kenapa masih lagi duit tak cukup?? dimana silap sebenarnya?? apa pun jangan menagih simpati orang menggunakan nama anak2..pikir2kan laaa