31 Oktober 2011

NAK PEGI BERCUTI...


Salam semua..hari ni awal2 lagi aku dh mengupdate selalunyer ptg2 bru nak jenguk2 blog..dah xde keje agaknyer..padahal keje menimbun2 atas meja..aahh lupakan sekejap..(tp boleh ke? hehehe) emm sbb tu la aku nak pegi bercuti..ok kali ni aku nak mintak tolong korang boleh tak..aku sebenarnya ada plan nak pegi bercuti tapi serius aku xtau destinasi nyer..(chewaah ayat x boleh blah)..jd aku nak minta tolong kat korang mana laa tau kot2 korang ada idea tempat2 percutian yang menarik tp dalam malaysia jela..budget aku pun nak kena di amik kira jgk kan..kang balik bercuti aku lak terus pengsan semput semua ada pasal dh terover budgetn hohoho..lagi 1 aku nak buat pengumuman ni sape2 yang leh bg idea yang aku rasa boleh di pertimbangkan, aku dengan seikhlas hati bagi korang hadiah..di ulang sebanyak 10x..HADIAH tau..korang bg la idea yang bernas skit kat aku..mana tau kot2 aku bg hadiah pakej bercuti ker kat korang @ aku bawak korang sekali ker g bercuti ngan aku hahaha...
jadi tunggu pe lagi keluarkan idea2 korang tu..bgtau la kat aku tempat2 menarik untuk dilawati dalam Malaysia ni yer..

PESANAN DARI PENAJA:
cara nak bg idea yang terbaeekkk tu senang jer..
1) korang just bgtau tempat percutian tu kat ruangan komen
2) bg sebab knp korang kata tempat tu best
    (smpai korang rasa korang nak suggest tempat tu kat aku..)
3) pastu korang jangan lupa tinggalkan email korang sekali ..
   (kan aku dah janji nak bg hadiah, so senang aku nak roger)

28 Oktober 2011

TOLONG LAA JANGAN PAKSA PAKSA

Seperti biasa setiap hari Jumaat ni dapat laa aku masa rehat yang panjang dan secara tak langsung dapat laa jugak aku mengupdate cerita2 kisah kehidupan aku yang x seberapa nak meriah mcm org lain tu..tp xpe aku happy dengan kehidupan aku sekarang..ape pun hidup perlu diteruskan!!! Memandangkan hari ni aku ada masa yang panjang untuk berceloteh dlm blog aku ni jd hari ni aku nak berkongsi cerita ngan korang semua.. xtau la korang suka ke tak @ sentap ke dengan citer aku hari ni sbb hari ni kau mmg dh gian nak beceloteh panjang..xpelaa janji aku puas ati sbb dah sah2 aku dh note blog ni sebagai penyimpan rahsia tanpa melukakan hati sesiapa..tapi kalau ada yang terluka aku nak buat mcmna kan..dah luka balut jer la luka tu kang makin parah lak sapa nak berjawab tul tak..ada aku kisah?? dah laa makin melalut plak..tajuk asal dah pegi ke laut..tau laa aku ni duduk kat negeri yang mmg dikelilingi dgn laut kan..ha ok jom aku nak start segmen mari bercerita ni..haa begini citernyer...layannn!!!


Nak dijadikan citer ada 1 minggu tu aku x balik kg..selalunya aku akan balik kg 2 kali sebulan..aku awal2 dah inform kat mak aku yang terchenta yang aku xbalik kg sbb aku nak buat penjimatan yang berganda(almaklumlah nak balik kg ni modal gak beb!! kos petrol dan tol tu kena amik kira jgk) jadi mak aku yang merangkap Secretary (sebab selalu remind aku apa yang aku kena buat..sbb aku ni pelupa dan suka buat rileks je satu2 hal) dan Pegawai Bank aku (bila time aku sesak@semputtt  laa..tp mmg selalu semput pun hahaha..alahai anak omak!!!) kata ok laa sbb mak aku kan mmg terbaeekkkk yang sentiasa memahami aku..tapi yang jadi x syok nyer bila ada makhluk yang datang umah aku dan menggangu ketenteraman mak dan abah aku kat kg. Mentang2 aku xde kat kg suka2 hati jer datang umah aku pas2 buat sessi paksa memaksa kat mak abah aku..ape kes ni weiii..SERIUS AKU TAK SUKA..!!! boleh tak bagi mak dan abah aku tu berehat kat umah rileks2 jer..serabut betul la bila ada makhluk yang ada perangai suka paksa memaksa ni..sebenarnya makhluk yang aku kata dah mengganggu ketenteraman mak abah aku tu ialah MEMBER AKU DAN ADIK MEMBER AKU...apa punyer member laa mak abah aku pun korang nak ganggu..korang nak tau apa jenis GANGGUAN yang aku maksudkan??...haa ni la jadi nyer klu dah kemaruk nak berMLM..singkatan untuk multilevel marketing atau dlm bahasa kebangsaannyer perniagaan jualan langsung..aku serius x kisah member aku ni nak buat jualan langsung apa sekalipun event dia nak jual ngn diri2 dia sekali pun..ada aku kisah?? tapi TOLONG JANGAN LIBATKAN MAK ABAH AKU DAN PAKSA2 MAK ABAH AKU..tu je aku mintak..aku xkacau mak abah sape pun jd jgn laa buat mcm tu kat org tua aku.. hormat la sikit kat diorang..citer ni aku dapat tau bila mak aku col aku time ptg selepas kejadian..(ceh macam nak buat police statement plak)

mak: hello assalamualaikum adik...tengah buat ape tu??

aku : waalaikumusalam mak..xbuat pe pun dok rilek2 jer..nape mak col? rindu ker hehehe

mak: ni mak nak bgtau ni tadi mber kamu eda ngan adik dia dtg umah..

aku: datang?? knp plak?? ape hal??

mak: diorang datang kul sepuluh lebih pagi tadi...mak ingat kan apa hal nyer rupa2nyer nak promote penapis air kat mak (x perlu laa aku sebutkan brand apa yer..)

aku: abis tu mak beli ker??

mak: tu mak call kamu tu..tanya kat kamu dulu..sbnrnya mak xnak pun tapi klu kamu nak mak belikan laa..
lagipun member kamu yang jual..kang kamu kata mak x bagi support kat member2 kamu plak..

aku: dah xpayah2 mak jgn amik..mak xpayah beli..org xnak pun benda tu..

mak: tu la pasal mak mmg xnak beli pun tapi diorang ni macam x faham bahasa jer main paksa2 plak..

aku: paksa2 mcmna tu??

mak: time diorang dtg tu abah kamu xde kat umah..abah keluar kejap pastu dah diorang promote mak dengar jela..xkan nak kata xnak dgr pulak kan..mak pun macam biasa lah bila ada org dtg buat laa air teh jamu makan serba sikit..mak layan jela sembang diorang tu..mak ada laa bg alasan kata abah kamu xbapa nak sgt penapis air ni..lgpun abah xde kat umah jd mak xnak pandai2 buat keputusan sndiri...tapi mak tengok jam hari makin tengahari, mak nak masak xboleh sbb nak melayan diorang..risau jap g abah kamu balik nak makan tghri..mak tengok air teh dah abis seteko tapi diorang xnampak pun macam nak balik..

aku: ala mak cakap jela mak mmg xnak beli kan lagi senang (hati ni dh mula ar nak panas ngn mber aku ni)

mak: tu la mak ckp jugak mcm tu..tapi diorang ckp..makcik beli laa benda ni bagus la apa laa itu la ini laa mcm2 la nak melakukan barang..

aku: pastu mak buat cmner..

mak: mak dah xtau nak buat pe bila diorang kata "biar kami pasang benda ni kat paip makcik, bagi makcik try guna penapis air ni..xpe makcik try laa dulu"..pastu mak ckp laa "eehhh makcik xnak laa sampai macam tu eda, makcik bukan nak beli pun buat apa nak try2 plak..kamu xpayah laa pasang..kang bising plak pakcik kamu..dah2 xpayah pasang!!" tp diorang degil.bila dgr mak cakap takut abah bising diorang tnya plak"pakcik lambat lagi ke nak balik??" pas2 mak jawab laa" jap lagi balik la tu".. last2 diorang kata nak tunggu abah kamu balik plak..adoii jammed mak tau x adik ngn perangai mber kamu ni..

aku: biar betul diorang n i betul2 melampau laa..abis kul bape abah balik??

mak: abah kamu plak lambat lak balik..time tu dh kul 1 lebih..jd diorang pun amik keputusan nak pasang sbb diorang tengok abah kamu lambat balik..elok2 diorang dah siap pasang penapis air tu, abah kamu pun balik..abah bg signal kat mak (meaning ape citer ni?) tp mak angkat bahu je..abah pun ckp laa elok2 kat diorang "pakcik xnak knp pasang jugak pakcik bukan nak beli pun?? diorang dengan slumber cakap "xpe pakcik ngn makcik try laa guna penapis air ni dulu...xpe try je.." abah ckp laa "abis klu dah pasang, maknanyer kena beli laa kan..xkan nak pakai pastu x beli.." pas2 diorang jawab xpe kami dah kenal pakcik ngn makcik..xpe makcik ngn pakcik pakai laa dulu..

aku: abis tu skrg ni diorang dh pasang laa yer..??

mak: mmg diorang dh pasang pastu pandai lak nak balik cepat..ingatkan dh xreti nak balik!!! tapi elok2 diorang balik je abah kamu terus bukak la penapis air tu..abah kamu faham2 jela klu dia kata xnak tu dia mmg xnak..xpayah paksa2.abah kata biar je letak kat tepi dinding tu..nanti bagi balik time diorang datang..

aku: k xpe..xpe!! mak rileks je k..jap g ape2 hal org call mak balik..

Pastu elok2 mak aku hang up je, aku pe lagi terus call mber aku yang terlebih bengong tu laa..

aku: hello eda..td ko ada dtg umah aku yer??

eda: ha'ah..aku g pasang penapis air kat umah ko

aku: yang ko pandai2 g pasang tu kenapa?? tadi mak aku call mengadu kat aku korang paksa2 dia yer??

eda: aku suh mak n abah ko try je dulu..penapis air tu kan elok lagipun mak ko confirm leh bayar punyer..
bukan mahal pun..

aku: xkira la mahal ke tak citer dia skrg ni org tua tu xnak yang ko g paksa gak apsal??tu apa citer penapis air yang ko dah siap pasang kat umah aku tu?? kira ko paksa mak aku beli kan..ko nak bagi laku penapis air ko, ko buat style mcm tu plak..

eda: sorry laa..aku cuma nak bg mak abah ko beli untuk kesihatan

aku: dah2..aku malas nak amik tau ..skrg ni aku nak ko pegi umah aku pg ambil balik penapis air ko tu..abah aku dah siap bukak dah..dia mmg xnak try pun..serius aku cakap..len kali jgn laa buat perangai macam ni..aku xsuka.jgn ingat mak abah aku mampu beli benda tu ko senang2 hati je paksa2 diorang..
kalu ko rasa aku ni masih kawan ko, ko buat laa perangai elok2 skit..

fuhh lega aku dh pun kuarkan api berapi aku..serius aku xsuka org paksa2 terutama orang yang paksa2 mak abah aku.. k sekian!!!

moral of the story:
kalau nak meniaga tu, meniagalah sbb Allah s.w.t mmg melimpahkan berlipat2 kali ganda rezeki untuk orang yang berniaga tapi tolong laa jgn meniaga guna cara kotor!!! hormat laa hak org lain jgn tau nak kaut untung je tanpa pikir hati dan perasaan org lain!!




27 Oktober 2011

Dari Ilham Seorang Lelaki

It's true! To share.

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel dan terus membebel. Seburuk-buruk perangai wanita ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan..."



Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak..surat di peti pos tak berambil,anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping..penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya...sepi tiada jawapan masuk ke dapur..Sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci..Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,..apatah lagi berendam...lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?".tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas.."kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.
JADI HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

Dan yang ni pulak kisah benar
dari ilham dan pengalaman member aku

Another different story, if my wife is not at home, rumah boleh jadi porak peranda. Memang true,jika isteri ada dirumah, kepala selalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini.Boleh buat apa yang kita suka. Boleh melengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.

Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati..Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that,no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing.Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...
Masuk hari ke-4, rindu mula terasa…Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best..Nasik bungkus yang favourite jadik tak favourite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.
Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan..Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper..Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak,.tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lahdiberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you…

24 Oktober 2011

BORONG KASUT

Aku xtau laa kenapa aku suka kasut lak skrg ni..bukan bermaksud sebelum ni aku x pakai kasut tapi kali ni aku leh lak layan borong kasut ngn member ofis aku..tapi serius laa aku cakap kasut2 yang aku beli ni  tak laa dari jenama2 yang mahal tak hengat tuu..aku pun bukan tau sangat pun jenama2 mahal ni..ececehhh kang kata kaki aku ni gatal pakai kasut mahal nampak sangat menipu kan...ala2 alergik gitu pakai kasut mahal padahal memang x mampu nak beli pun..bukan xmampu nak pakai cuma x mampu nak beli jer..(ayat xboleh blah)haa laa giler kau nak membeli kasut sepasang harga dekat setengah bulan gaji aku tu..kang ada yang makan kasut bila nak sampai hujung bulan hahaha...aku pun xtau la mcm mna aku boleh buat otak seminit sampai aku leh beli sampai 3 pasang kasut dalam 1 masa..padahal serius laa aku gitau sebulan sekali je aku beli kasut..korang tau sebab ape??..sbb aku ni memang pengganas pakai kasut..aku klu ada kasut yang aku suka kan memamg kasut tu jela yang aku pakai ke mana pun..sebab tu aku suka beli kasut yang senang di pakai dan disuai padan dgn baju apa pun..kang jadi macam sepupu aku beli kasut x mengagak last2 baru pakai sekali dh masuk blog preloved..nak beli boleh tapi jangan la sampai membazir..tiru macam aku ni..beli dah la murah pastu senang di pakai nak g mana pun..ni beli kasut punya la vogue tumit kasut pun 3,4 inci segala last2 terpelecok hahaha..serius aku ada pengalaman pasal kasut ni..benda ni jadi depan mata aku..ada sorang minah ni ngan boy dia laa..jalan berkepit mengalahkan boy dia tu dah lumpuh sampai nak kena berpegang berpaut pinggang sume, siap pakai specs ala2 JLO jalan pun catwalk ja yela kan pakai kasut tinggi pastu tebal lak tu last2 lenggok punyer lenggok terpelecok depan budak2 bujang lelaki yang tengah dok melepak..hadoiiii malu giler siot..yang pakwe lak leh lak kutip awek dia yang dh tergolek tu..ala aku rasa pakwe dia tu mmg laa malu giler tapi nak buat cmne kan..tolong jela angkat awek dia yang dh macam kerbau tergolek kena sembelih jer hahahaha...wehhh aku tengok hari dh nak ujan laa..aku ingat nak balik umah cepat laa..payung nak g tmpat parking xbwk lak, kang ada lak yg jd memori daun pisang jap lagi..k laa aku ada laa amik gambo kasut aku yang xbape nak cun tu..tapi xpela xcun pun janji beli pakai duit gaji aku sndiri...ada aku kisah?? hahaha ala mlawak je di ptg ari ni xkan nak sentap kot ahakkkss







22 Oktober 2011

Kenduri Nasi Tomato???

Hari ni hari Jumaat..Penghulu segala hari.jadi aku pun ala2 alim2 kucing gitu pakai la jubah warna hitam..ceh mcm arabian gitu ahaksss..last2 sedondon lak ngn Encik Saiful pn pakai baju melayu hitam ari ni..iskhh ape la Encik Saiful ni..mentang2 la ni kita dok ada kat Penang, dia nak buat Boria Dalca plak hehehe..apa daaa!!!! Encik Saiful pakai baju melayu hitam sbb saja2 gedik uat ala2 mcm protokol, padahal bkn ada majlis apa pun..majlis doa selamat sbb Pegawai Encik Saiful nak pg ke Mekah kata nyer..harap2 sama2 doakan selamat pegi dan selamat kembali..Encik Saiul kata menu jamuan Nasi Tomato..Walaweiii aku tau sangat laa Encik Saiful ni memang pantang dengar nasi kandar ke, nasi beriani ke, nasi tomato ker mesti terbuka jer selera tekak nyer..makan bukan nak ingat kat aku..saja la tu nak bg aku panas hati bgtau kat ofis dia ada buat jamuan nasi tomato!! cehhhh sabo jer ler..



21 Oktober 2011

Ketagihkah Aku???


Petang ni hujan...jalan dh confirm la jammed jadi aku decide nak lepak ofis dulu sementara nak tunggu hujan reda..lagipun malas nak kua dr ofis dengan keadaan hujan mencurah2..walaupun dh habis wktu keje aku msih lagi tekun buat keje aku yang melambak yang tak penah ada perasaan nak surut dari atas meja ni..(tekun la sangat ececehhh!!!ehh tekun ape!!! xcaya ker???)bila dh terlampau kusyuk buat keje aku terlupa lak nak tengok sekeliling..ada lagi org ke tak kat ofis ni..kang aku tinggal sorang2 plak..tetiba penolong pegawai aku datang masuk bilik antar Nescafe Tarik bungkus satu!!! aku pandang pelik?? bila aku order?? (soalan standard bila ada mber belikan something utk aku!!! hahaha ayat xboleh blah!!!)
Rupa2 nyer Pen.Pegawai aku saja la tapaukan utk aku sbb dia turun g tapau air kat kdai bawah ofis aku ni..
Almaklum laa hujan2 ni pekena teh tarik ke nescafe tarik ke mesti sangat2 laa SESUAI..tapi ape pun aku tabik spring (Tttoiiiiinngggggg2....) kat Pen.Pegawai aku ni sbb macam tau2 je feberet gila aku ni apa lagi klu bukan NESCAFE..Serius aku mmg ketagih ngan nescafe ni.Korang tau tak hari2 aku minum air Nescafe ni..xkira la nescafe ais ke nescafe 'o' ke nescafe tarik ke..janji NESCAFE..sebut betul2 NESCAFE yer..
aku xtau la mcmna aku boleh ketagih nescafe ni..mber2 aku selalu bising membebel ngan aku..diorang kata tak bagus untuk kesihatan laa, kafein laa n bla bla bla...aku cuma senyum sambil hirup n sedut nescafe ais tu depan diorang..sbb selalu kena tegur time aku ngah menikmati minuman kegemaran aku tu laaa...

***bro ni tengah buatkan air nescafe untuk aku hehehe****

pada aku mmg aku dh jadi ketagih nescafe sbb dalam 1 hari aku mesti kena minum air nescafe klu tidak aku jadi macam serba x kena..mcm terpikir apa benda la yang tak lengkap dlm rutin harian aku ni..pastu bila dpt je nescafe tu fuhhh pergghhhh tak boleh tahan wa cakap lu...sedap sangat2 macam aku dapat rasakan air tu mengalir di tekak ,kerongkong dan kawsan yg sewaktu dengan nyer...hehehe.korang tau tak bau nescafe ni sangat2 wangi..sedap je hidung ni hidu bau serbuk nescafe yang ada dlm balang besar kat umah aku tu..tp mengikut cerita mak aku, time dia pregnant kan aku dulu (mmg la dulu xkan la skang plak aiiyokkk :-p) mak aku mmg suka nescafe..jadi sebab tu la aku pun suka nescafe...betul ker?? bukan salah ibu yang mengandung yer!!! tapi yer kot sbb mak aku pun mmg sampai skrg suka nescafe...cuma dh tua2 ni kurang la sikit..nak control kencing manis n darah tinggi kata nyer..k la aku pun nak balik umah ni..tak kan nak tido ofis lak kan..jadi pe kata aku tamatkan aje citer aku ni sekadar sembang2 petang..


20 Oktober 2011

WORDLESS WEDNESDAY :-)

19 Oktober 2011

HATI DAN JODOH



Hari ni BW aku terjengah ke blog keri ikhwan
ada entri dari blog nyer yang menarik perhatian aku..
Entri bertajuk hati dan jodoh..

dua bilah kayu disatukan dengan paku..
dua ketul bata disatukan dengan simen..
dua hati disatukan dengan apa?

>>>Jawabnya, dengan IMAN..

Dua HATI yang BERIMAN akan mudah disatukan..(
。◕‿◕。)

Jika dua hati MENGINGATI yang SATU, pasti mudah keduanya BERSATU.”

:: Jodoh datang dr SYAITAN -->> kamu jatuh cinta dgn si dia lalu berpegangan tangan dan melakukan maksiat, mgandung dan kamu menikahinyanya.

:: Jodoh datang dari JIN -->> kamu jatuh cinta ngn si dia, tetapi si dia tidak mencintai kamu lalu kamu membomohkan dia, lalu kamu menikahinya.

:: Jodoh datang dari ALLAH S.W.T -->> kamu dan dia saling berpandangan dan saling jatuh cinta, lalu kamu menikahinya kerana Allah .. ^^

Belajar untuk mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain..InsyaALLAH, mereka yang benar-benar KENAL kita akan terima kita seadanya..Ü“

18 Oktober 2011

JOM SERTAI BLOGLIST ASRIROCK 2011


jom sertai bloglist asrirayrock 2011
Petang ni Echa nak ajak korang semua join 1 segmen
"JOM SERTAI BLOGLIST ASRIROCK 2011"
Tuan blog ni nak buat segmen nak cari Blogger untuk dimasukkan dalam bloglist nyer
Bloglist ni cuma satu bulan sahaja diterbitkan di side bar blognyer ya.....
Kalau korang berminat boleh la join
Tarih Tutup 28/10/2011 (Jumaat 5.00 Petang)
Nak Join-->> klik asri rock

14 Oktober 2011

"ak nak masuk dalam cheese+cheese yui"


SIAPA NAK MASUK MASUK DALAM BLOGLIST CHEESE + CHEESE???
MAI SINI TENGOK...
JOM JOIN YER...
KLIK SINI :-->>JOIN

11 Oktober 2011

Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak September - Disember 2011"

PETANG2 CENGGINI LEH LER BERBLOGWALKING...
JUMPA LAGI 1 SEGMEN UNTUK DI JOIN
JADI XMO BUANG MASA DAN TENAGA
JOM LA JOIN SAMA2 YER KAWAN-KAWAN!!!
KALI NI KORANG XTAU TARIKH TUTUP
SBB TUAN BLOG DH INFO TARIKH TUTUP AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN
JD KORANG JGN LA BUANG MASA K..JOIN CEPAT2!!!
NAK JOIN?? MCM BIASA JUST KLIK KAT SINI:-->>budakbotak

SEGMEN : JOM CARI FOLLOWER

Haaa kan echa dh bgtau hari ni hari kita bersegmen...
tgk kan echa dh update lagi segmen yg baru utk di join
jadi kamu semua tak mau komen banyak2
jom kita sama2 join segmen ni ok!!!

TARIKH TUTUP : 11/10/2011 TEPAT JAM 10 MALAM 
mcm biasa laa kan nak join just klik kat sini yer : JOIN SEGMEN

SEGMEN : Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca

Salam semua..hari ni echa nak ajak kamu semua join satu segmen
segmen ni btujuan untuk bloggers promote blog masing2, 
dpt tmbh kenalan & followers dan dpt tambahkan traffic kt blog kamu semua..
 jd tunggu pe lg jomla join segmen ni..
Nak Join?? mudah je..KLIK JE HASRULHASSAN

 
Tarikh tutup : hari ni last day ok!!
p/s: ada masa lagi jd cepat2 join k!!!


Nama Blogger : saffiyaaleesya @ echa
Tahun mula Berblog : 2011
Jumlah follower semasa join segmen ini : 40 orang je (sikit kan!!!)

06 Oktober 2011

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI

Salam semua...
klu semalam kita dh join segmen blog hariskaito
 ape kata hari ni kita ramai2 join segmen di blog Cik May pulak
Mudah je kalau nak join..
Tarikh tutup join segmen ni ialah pada 31hb Oktober 2011

nak join klik kat sini ok-->>NAK JOIN SEGMEN??

05 Oktober 2011

WORDLESS WEDNESDAY :-)


sumber pic: azlita masam manis



04 Oktober 2011

Segmen Jom Tambah Follower


JOM RAMAI2 JOIN DAN MEMERIAHKAN SEGMEN NI...
KLIk KAT SINI YER -->> JOIN SEGMEN

Hatiku Milikmu....

Hatiku Milikmu – Nera AF9


 Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



P/S: NYANYI SAMBIL FEELING2  JIWANG ALA2 TGH BUAT VIDEO KLIP GITU

Makan-Makan @ Victoria Station Penang


Semalam aku dan Encik Saiful makan kat Victoria Station @ Bayan Baru...kami pegi makan dlm pukul 8.00 malam camtu..Encik Saiful belanja dinner tauuuu...time kasih yer sayang..len kali belanja lagi.hehehe.kami makan simple2 je..xmau cam ari tu order steaks, soups n spagheti sume last2 x abis..kan membazir dah la mahal..sian la kat Encik Saiful kan bengkok dia nak membayar..malam tadi kami berdua just layan steak je.. Encik Saiful order Wild Mushroom Steak dan aku pulak order Black Pepper Steak ngan Orange Juice..semalam kuar x bawak camera laa sorry yer jd amik pic kat pakcik google je menu yang kitaorang mkn semalam.sorry sgt2 yer..

Kat Luar Restoran

Suasana Dalam Restoran

Ni Encik Saiful Punyer - Wild Mushroom Steak


 Ni Aku Punyer - Black Pepper Steak

 Sedang Menikmati Gitu...

Orange Juice