20 Disember 2011

SONGLAP..KERJA KOTOR SAPU BERSIH!!!


Assalamualaikum Semua..
Semalam aku dah tengok cerita SONGLAP ni kat Queensbay Mall..nak kata penonton ramai tu tak laa sangat..mungkin sebab dah 5 hari cerita ni kat panggung baru aku dan Encik Saiful ada masa nak pegi tengok..Serius cerita ni best cuma aku tak tau kenapa  publisiti untuk cerita ni kurang..tapi cerita ni memang kena layan sikit..Berlatar belakangkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, mengisahkan adik beradik yang terbiar lakonan Shaheizy Sam sebagai AM dan Syafie Naswip sebagai AD,  diorang terbiar sampaikan mak diorang dah tak kenal siapa diorang..sebab mak diorang jadi pelacur lakonan Normah Damanhuri.


AM dan AD ni terlibat dlm sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bernama MAMA..AM mengambil kesempatan dengan menggunakan bisnes MAMA sebab nak berjudi..Sementara AD pula ada impian untuk kehidupan yang lebih baik dengan harapan dapat menang pertandingan B-Boy sejumlah RM50 ribu..


RAZAK adalah kawan baik AD tapi dah meninggal sebab dah terlebih dos dadah..AD mula sedar impian dia takkan tercapai sebab kawan baik dia dah meninggal dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis2 muda yang dijual kepada sindiket pelacuran dan pemerdagangan manusia..


Namun apabila adik Razak iaitu HAWA lakonan Sarah Ali, yg sedang hamil dan terjebak dalam sindiket ini, AD cuba untuk selamatkan HAWA..walau tanpa sedar ayah Hawa iaitu PAK DIN lakonan Omar Abdullah  turut mencari HAWA yang telah lari dari rumah..


Tetapi niat baik AD telah menggoyahkan hubunganNya dengan AM..AD mengajak AM lari dari Kuala Lumpur dan pergi ke Kuantan ke rumah kakak HAWA, tetapi AM tak nak dan seterusnya AM dikejar samseng..kesudahannya AM cuba mengejar bas yang membawa AD dan HAWA tapi tak sempat..dan citer pun tamat..ending macam tergantung tapi kira ok laa boleh faham laa jugak kan..makna nyer AD dan HAWA boleh mula kehidupan yang baru di tempat yg baru dan mungkin AM akan terus terbiar tanpa arah tuju hidup di Kuala Lumpur..





20 ulasan:

Hanis-Afiqah berkata...

tk sbar nk tgok citer ni. msti best kn? ahh..

shahrazali berkata...

macam best.....mgkin sbb ade shaheizy sam kot...sy mmg suka tgok cite dia berlakon..

mcm nk gi tgok,,tp bajet kurang la skrg..hehe..download je la nnti..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Hanis-Afiqah

haa pegi laa tgk..nak kata best sgt2 pun tak laa jugak..sedang2 aje.

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:shahrazali

shaheizy sam berlakon memang best..
haa takpe nanti download je :-)

Enh Ear berkata...

menarik jugak ni... ble lah dpt tgk citer ni...

Teenager Housemaid berkata...

err..tak berapa minat la cite macam ni..huhuhu

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Enh Ear

yer menarik citer ni..jadi pegi la tengok citer ni cepat2 ok!!! ;-)

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Teenager Housemaid

it's ok, lain org lain selera dan minat nyer..cerita ni kan sekadar hiburan.. ;-)

Lya Colours berkata...

macam best je. tunggu keluar kat astro first. hehehe

Ieja berkata...

tunggu astro first je la..hehe

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Lya Colours & Ieja

haa ok2 korang tunggu kat astro first je k..;-)

.: iEyLa :. berkata...

nak tgk tp ritu lmbat sngt..huhu

pssstt:dear..lagu pe kt ur blog ni ek??

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: iEyLa

takpe kalau nak tgk lg masih sempat..kalau tak sempat gak layan kat astro first jela..

p/s: soundtrack ombak rindu!!!

Cikpuan rara berkata...

xsempat lagik nk tgk =(

ikatankasihku berkata...

nak kene tengok jugak ni....
macam menarik jalan citer dia..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Cikpuan rara

ermm takpe nanti leh layan cd ker astro first ke..awak kan ada hal family yg perlu didahulukan..saya faham ;-)

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:ikatankasihku

haa ok, nanti akak pegi tengok kalau ada masa yer..

Cik Muda Sae berkata...

best..best...aku suka..~

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Cik muda Sae

best kan..cuma slow n kena layan baru leh faham citer ni..

QasehnyaRania berkata...

layan sebb ada sam..hehe ;)

bye echa nk blk dah ..:)