01 Disember 2011

Tangan Panas @ Sejuk??



Assalamualaikum semua..
Hari ni kat ofis aku membersihkan pokok keladi aku yang agak lama aku x usik..pemalas kan aku?? aku tau aku pemalas sebab tu aku pilih pokok keladi sebagai hiasan atas meja aku ni..bukan pe boleh la buat terapi untuk mata aku yang memang dah sedia rabun ni..kalau dah terlampau2 sangat mengadap skrin komputer ni leh la cuci  mata kat pokok ni..berbalik pada topik hari ni, korang pernah dengar tak pasal tangan panas dan tangan sejuk ni..orang tua2 selalu cakap tangan panas dan sejuk ni..benda ni lebih kepada aktiviti menanam laa..kalau tangan panas kita tanam apa pun mesti tak menjadi dan kalau tangan sejuk pulak tanam apa pun mesti hidup subur je..tangan aku pulak kategori apa ekk?? tangan aku ni suam2 kuku kot..ahakss!! aku ni kalau bab menanam ni susah gak nak cakap sbb kadang2 aku tanam ok je kadang2 plak mati je pokok tu..



tapi dulu kan aku selalu suruh arwah opah aku yang tanam sebab serius aku cakap kalau opah tanam apa2 pun mesti pokok tu menjadi je..contoh antara mak dan opah aku, dulu masa opah aku tanam serai dan kunyit siap opah aku leh buat ladang lagi siap opah aku leh jual kat pemborong sayur2 kampung lagi tu tp bila mak aku tanam,emm aku tengok daun kunyit tu macam segan2 je nak hidup..


mungkin mak aku failed kot kalau tanam sayur2 kampung ni tapi kalu bab tanam pokok bunga tambah2 plak spesis bunga kertas, wahhh org tua tu laa yg paling bagus sebab aku dah rasa macam duduk kat taman bunga plak..tapi apa pun tak kira la tangan panas ke sejuk ke yang penting keihlasan kita..kita jaga dan sayang pokok yang kita tanam tu, selalu jaga dan selalu siram..tapi xpayah laa jaga tahap melampau sampai korang nak tengok mengadap pokok tu je..kang dari pokok tu ada hati nak hidup langsung takde mood nak hidup sebab takde selera nak mngadap muka korang hehehe..

4 ulasan:

Fazleyatul Aini berkata...

tangan saya panas. hahaha. kalau pandai petik bunga je. tanam hampeh

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

lau sy tanam kbykn xmnjadi..huhuh..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

tangan ni mungkin sejuk untuk membeli jer bukan untuk menanam

Terbang berkata...

saye suke tanam sayur. rase best sgt klo masak gune sayur yg tanam sendiri. tapi tuu dlu-2 larh. skrg rse cepat lagi membeli kt pasar jer. hehe ^^