05 Disember 2011

Meaning Of Roses...

Assalamualaikum Semua..
Orang pompuan ni paling suka kalau dapat hadiah bunga ros betul tak? tak kira laa dapat hadiah sekuntum ke, 3 kuntum ke atau sejambak sekalipun mesti muka tu tersenyum manis bila menerima bunga tersebut..bila sebut bunga ros jer mesti berkait rapat dengan sebuah perhubungan terutamanya cinta..sebab selalunya orang2 yang tengah mabuk dan hangat bercinta ni jer yang tak lekang2 dari bunga..


Tapi selain dari cinta, bunga ros ni pun sering di hadiahkan pada masa2 tertentu jugak contoh macam time birthday ke, hari konvo ke, anniversary day ke dan tak kisah laa apa2 hari pun yang sesuai untuk kita hadiahkan seseorang tu dengan bunga ros..mesti kita terfikir kenapa asyik2 bunga ros je? kenapa tak bunga kekwa ke, bunga melur ke ha tak pun bunga raya baru 1 Malaysia maa..pada aku bunga ros ni memang dah ditakdirkan untuk dijadikan sebagai hadiah sebab ia wangi, cantik dan paling penting dengan warna2 nya saja dah boleh memberi pelbagai maksud dan makna yang tersirat buat si penerima.

MAKNA BERDASARKAN WARNA BUNGA ROS


Bunga ros merah:
Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.

 

Bunga ros merah jambu:
Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama.maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

 

Bunga ros kuning:
Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu.


Bunga ros putih:
Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.



Bunga Ros Lavendar:
Cinta pandang pertama


 

Bunga Ros Oren:
Keghairahan dan keinginan
(mengharapkan perhubungan itu pergi dengan lebih jauh)

8 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

smapi umur 23 ni, 2x bru dpt..huhu..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

wahh bagus la tu at least yui dapat bunga jgk kan.. :-)

Fazleyatul Aini berkata...

saya suka kaler purple. agak2 ada tak rose purple. hehehehe

saffiya_aleesya @ echa berkata...

mesti laa ada..tu klu pengantin tu ada je bunga tgn warna purple..tul tak??

fazilah Rahman berkata...

baru beli 2 pokok bunga ros semalam..rm8 baru sampai dari thai..huhu

saffiya_aleesya @ echa berkata...

wahh bunga merantau jauh..dari thai tuu :-)

fazilah Rahman berkata...

bunga angkot naik lori la tu..hahahaha...ila beli 2...semalam jiran pi beli 3..hahahahhaha...dasyatttt

saffiya_aleesya @ echa berkata...

wahhh ni namanyer persaingan membeli bunga ni hehehe