02 Disember 2011

Tak Sayang Mulut Ke???



Asssalamualaikum Semua..
Hari ni entah kenapa hati aku tiba-tiba terpanggil untuk buat 1 entri yang melibatkan soal hati dan perasaan..Adakah kerana hari ini hati aku tersinggung?? berkecil hati dengan sikap seseorang?? Ya, hari ni memang aku terasa hati dan tersinggung dengan sikap orang di sekeliling aku..kadang2 aku sendiri tak faham kenapa dalam zaman yang serba moden ni masih ada lagi orang2 yang bersikap macam ni..memang aku sedar manusia ni tak lari dari melakukan kesilapan tapi kenapa mesti asyik aku yang menjadi mangsa?? kenapa bukan orang lain?? kenapa mesti aku sedangkan aku  tak pernah nak menyakiti hati orang lain..memang aku nampak kasar dari luaran tapi aku lebih bersikap ada mata pandang, ada telinga dengar..tapi kenapa selalu sangat hal aku yang di canang, hal aku yang digebang2kan sedangkan aku hanya buat hal aku, aku tak pernah nak sibuk hal orang lain..apa yang tak puas dengan aku sampai cerita berkenaan kisah hidup aku perlu menjadi buah mulut orang..


Ya Tuhan, kadang2 terpikir sendiri, kenapa setiap hari kita mengadap, rukuk dan sujud kepada Allah tetapi kenapa dalam masa yang sama kita masih lagi menyakiti hati sesama insan?? Susah sangat ke kita menjaga mulut dan hati kita dari bercakap benda2 yang merapu dan langsung tak mendatangkan apa2 manfaat dan kebaikkan pun..?? Namun aku memujuk hati aku sendiri agar sentiasa sabar dan redha dalam segala hal yang menimpa aku..mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku..kadang2 hati aku menangis walaupun pada luaran hanya Tuhan yang tahu aku cuba mengawal raut wajah aku, tersenyum bila ada yang memandang walaupun adakalanya senyuman aku hanya dibalas dengan pandangan mata yang sinis..kalau di ikutkan hati yang marah, dendam yang ada atas apa yang terjadi memang keadaan akan bertambah buruk tapi pada aku melepaskan marah dan kata2 yang berunsur biadap dan kurang sopan tidak mendatangkan apa2..


kadang2 aku hairan dengan diri aku sendiri, aku memang pemarah tetapi bila keadaan semakin kusut, makin melampau aku terus bertukar karakter..menjadi pendiam, menjadi orang yang terlalu penyabar sehingga aku tertanya2 pada diri aku sendiri sudah hilang kah perasaan aku untuk semua itu?? bila aku mula hilang kawalan dan arah tuju, aku hanya menarik nafas sedalam-dalamnya dan berdoa agar hati aku tenang dan paling penting tahap kesabaran aku akan semakin meninggi da menebal..

7 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

sbr..InsyaALLAH..semuanya ok..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

emm mmg tgh bersabar ni yui..
kalautak sabar dah bg penampar je sampai pecah bibir..

Just Mini Love berkata...

sabar nye.. setiap yg berlaku ada hikmah nye.. biar la org tu ye..

:)


p/s : ieyza follow cnie..

Unknown berkata...

ada dugaan tu..sabaq bebanyak yer

Kancil 8349 berkata...

sabar....semua ada hikmah tu

ILA HonEyBuNNy berkata...

marah itu mudah....tapi sabar itu indah...;-)

fiQRa berkata...

Salam geng fiQ’Ra yang mas kasihi ◕‿◕
Kad blogger yang baru sudah siap..
Boleh ambil dekat sini eh ◕‿◕

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.295746950466313.70156.257419187632423&type=3