08 Disember 2011

Kenapa Perlu Berubah???

 

Tetiba hari ni aku teringat tentang seorang kawan..tentang seorang kawan perempuan..aku tak tahu kenapa keadaan macam ni yang berlaku sekarang..semakin jauh dan semakin renggang padahal dari zaman sekolah dulu kami rapat dan selalu keluar bersama..tapi kenapa seorang kawan boleh berubah perangai?? Entah laa kadang2 aku tak faham bila susah pandai minta tolong orang, tapi bila dah senang (padahal tak la senang mana pun sekarang) dah mula lupa diri..kenapa yer?? susah sangat ke mengingati jasa orang yang pernah berbakti pada diri kita??

dulu aku ingat lagi kawan aku ni orang susah, duit belanja sekolah pun kadang2 tak cukup..tapi aku ni tak laa kejam nak biar kawan aku ni tengok je apa aku makan..apa yg dia nak makan aku laa tolong bayarkan..nak pergi sekolah pulak, aku yang jemput dan hantar balik sebab time tu aku pegi sekolah naik motor dan bila aku form 6 plak aku dah bawa kereta pegi sekolah, jadi aku dengan seikhlas hati tumpangkan dia walaupun jarak umah aku ngan dia jauh tapi aku tak kisah sebab apa?? sebab aku kesian tengok kawan aku ni awal2 pagi dah kuar umah dan bila tengahari berpeluh2 mengayuh basikal..aku tau semua tu sebab mak ayah dia tak mampu nak bayar tambang bas sebab dia ramai adik beradik dan semuanya bersekolah..dan aku pulak tak pernah sekalipun minta tambang atau duit minyak kat dia..


aku ingat lagi, dulu aku kumpul semua beg2 sekolah aku, buku2 dan kelengkapan sekolah aku dan aku bagi kat adik beradik dia..sebab aku tau dia dari keluarga susah dan tak mampu nak ganti keperluan sekolah..dan aku pula anak bongsu dan setiap tahun semua kelengkapan aku berganti baru..jadi aku pikir dari tak pakai benda2 tu semua, duduk je dalam almari baik aku bagi kat adik beradik dia..bukan dengan dia dan adik beradik dia jer tapi dengan ahli keluarga dia yang lain pun aku tolong jugak..aku ingat lagi, arwah opah dia demam, aku kesian plak tengok orang tua tu terbaring jer jadi aku offer bawak g klinik sebab ayah dia cuma ada motor je..tu pun motor yang selalu sangat semput.aku tak pernah kisah pun pasal siapa diri dia, macam mana keadaan rumah dia..aku tak kisah rumah papan sekalipun janji aku ikhlas nak berkawan dan aku tolong ikut kemampuan..


  Tapi sekarang, aku pun tak tahu kenapa makin lama dia dah makin berubah..cakap dah mula menyombong..kadang2 aku tengok jer muka dia bila dia bercakap..aku pun tak tahu laa kenapa dia jadi macam ni..gaya pun kadang2 dah terlebih "over"..agaknya mungkin dah bekerja, dah berkahwin dan beranak dua, dah ada kehidupan yang mungkin dia dah rasa selesa jadi itu yang buat dia jadi macam tu kut..mak dan abah aku pernah cakap kat aku, tak semestinya kita buat baik ngan orang, orang tu akan balas balik kebaikkan kita..tapi takpelah pada aku janji aku ikhlas tolong orang tu..betul laa cakap mak dan abah, kadang2 orang ni hanya buat baik bila dia betul2 terdesak dan betul2 perlukan pertolongan kita, tapi bila dah senang dan mula bernafas lega sikit senang je melupakan segala budi orang..

Aku akui adakalanya aku berkecil hati dengan sikap kawan aku ni..tapi aku tak pernah nak buang kawan..mungkin satu hari nanti dia akan tersedar dari kesilapan dan aku berdoa agar dia bahagia dengan kehidupannya sekarang...cuma satu je, aku tak pernah mengharapkan segala budi dan kebaikkan aku dibalas tetapi cukuplah dia menjadi seorang kawan yang selalu mengingati seorang kawan..aku mengharapkan agar dia ikhlas dan mengerti makna erti sebuah persahabatan dan bukannya menjadi seorang kawan yang mudah lupa daratan..

 

12 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

itulah namnya manusia mudah berubah..

cuma masa aje..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

betul tu..kadang2 kita susah nak menduga hati manusia ni..

Fazleyatul Aini berkata...

saya pernah rasa situasi macam. 1 of my BFF. dulu la. semenjak dia ada pakwe, and dah kerja, pakai kereta, mak aihhhh saya sms jemput kenduri kat rumah buat bodoh. bukan nak mengungkit, tapi bila jadi macam ni, kita jadi menyampah.tak pasal2 jadi tak ikhlas.

saffiya_aleesya @ echa berkata...

tu laa kadang2 terpikir adakah kita ni tersilap dalam memilih kawan?? emm entah laa

Just Mini Love berkata...

bagus je tolong org susah..

tapi insyaALLAH..suatu hari nnti dia akn sedar.. sebb manusia memang punya hati yg cepat berubah.. dan suatu hari nnti pasti dia akn tersedar dan menyesal balik...

Unknown berkata...

itu lah sifat2 manusia

Erna Ouh Erna berkata...

aku pun baru hilang sorang kawan .
tapi kes kawan makan kawan dan kawan yg bermuke2 . tapi aku x kesah pon hilang sorang yg kawan mcm dye . buad ape simpan kawan macam tuh . hurmm .

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Erna Ouh Erna

tak faham kan kenapa seorang kawan perlu makan kawan dan knp seorang kawan perlu sikap suka bermuka2..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: ieyza afieyna

harap2 macam tu lah..sedar tentang kesilapan yang dia dh buat

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: Khairul

yupp..sifat manusia mmg mcm tu.selalu berubah2 dan kadang2 terlupa yang dia dah melakukan kesilapan..

LydSunshine berkata...

Awk, saya dah folo. Erm, kawan yg berubah tu sangat biasa terjadi. Kita tolong, tp last2 dia sombong dgn kita. Tapi takpe. Apa2 pun yg dia balas kepada kita, tka perlu kita ungkit satu demi satu. Nnt hilang pahala keikhlasan yang telah diberikan tu.

sharahgorgeous.blogspot.com berkata...

Kawan macam ni memang yang jenis suka ambil kesempatan atas kebaikan kita punnnnn....