17 Disember 2011

Bila Lelaki Memasak??

Assalamualaikum Semua..
Ini baru 1st time aku bersiaran malam2 sebab Encik Saiful dah belikan aku laptop baru..nak harap aku beli memang takde nyer..terima kasih ler bebanyak yer Encik Saiful..tapi satu amaran keras dari Encik Saiful untuk aku masa terima laptop ni  "dah ada laptop ni jgn nak salah pakai, kalau aku tau salah pakai, aku amik balik laptop ni pastu aku hempuk laptop ni depan mata ko!!" (wahh amaran keras sampai bahasa ganti diri pun sudah tukar..Encik saiful memang garang tp baik hati sebenarnya hehehe..ala takut aku chatting & layan facebook la tu)


ok laa malam2 ni kita sembang yang simple2 jela yer..disebabkan aku tgh lapar skrg ni apa kata kita sembang psal masak2 nak tak?? ehh2 bukan nak sembang pasal resepi2 masakan tapi aku nak bukak cerita sikit pasal lelaki dan memasak!!! kalau dulu2 bila sebut pasal memasak, mesti memasak ni sinonim ngan perempuan kan..tapi sekarang sesetengah lelaki pun dah lagi hebat memasak berbanding perempuan..cerita ni semua orang dah tau kan dan dah sedia maklum  hal ni..Tapi apa yang nak jadi topik malam ni lelaki ni kalau pandai memasak pun bukan nak memasak sangat pun..bukan tak pandai masak cuma malas jer..walaupun dia keje tukang masak sekalipun..kat tempat keje je memasak..bila balik rumah tak nak masak..dulu aku ada seorang kawan chef, tapi dia ckp bila dia balik rumah dia memang tak nak masak walaupun bini dia request suh masak mcm ala2 hotel gitu..alasan nyer sebab dia dah jemu ada kat dapur, pastu malas nak memotong dan siapkan bahan2 sebab kat tempat keje dia cuma masak je..bahan2 dah siap sedia..


Tapi kan serius laa kadang2 aku suka gak bila lelaki memasak ni..sebab kadang2 hasil masakan diorang sedap sangat2 mengalahkan perempuan..walaupun masak simple2 jer tapi terangkat tuuu..contoh terdekat ialah abah aku..walaupun memang hari2 aku makan makanan  dari air tangan mak aku tapi bila abah aku start beroperasi kat dapur, wahh dah mengalahkan nak bukak restoran..asap dan bau dah macam kat kedai makan la plak..padahal abah aku masak simple je..bihun goreng je..pada aku kalau bab buat bihun goreng abah aku lagi champion dari mak aku..Sebab apa yer?? sebab bihun goreng abah aku tu simple je, warna merah2 oren (sebab aku tak suka bihun @ nasi goreng buh kicap) pastu tak keras sgt tak lembut sgt..(tapi bila kami puji abah masak sedap, mak mula laa ckp, "ala apa yg sedap nyer bihun abah ko ni, mak dah rasa mcm makan bihun plastik jer..") wahh mak ayat tak tahan..rileks ar mak takkan tergugat kot ahaks..


Aku rasa laa kan lelaki ni bukan tak pandai masak cuma diorang malas je..sebab mungkin diorang pikir memasak ni remeh sebab nak kena potong bawang laa nak sediakan bahan2 segala dan pikir masak2 ni keje orang perempuan jer..tapi percayalah wahai lelaki, kalau korang tunjuk skill memasak korang tu, memang sedap walaupun hanya masak maggi goreng ataupun nasi goreng kampung jer..haa sebut pasal nasi goreng kampung ni, dulu masa aku duk kat Bangi, aku n member2 selalu lepak2 kat depan rumah aku sebab rumah kami dekat2 je..ada member aku ni abang dia terlebih rajin siap buat nasi goreng kampung untuk kami makan time melepak tu..nasi goreng kampung abang member aku ni memang terbaekk walaupun pedas tahap langit ke tujuh sebab bila makan aku dah rasa nak terbakar lelangit aku..punya pedas tapi sedap..bila aku tanya apa nama resepi ni sebab aku tengok nasi goreng dia simple sangat2.. abang member aku cakap nama resepi dia tu "nasi goreng kampung bodoh" apa kebenda nama resepi mcm tu..aku tergelak2 bila dengar..ahhh lantak laa bodoh pun bodoh laa janji sedap dan perut pun kenyang..baru rancak nak bersembang bila dah isi perut!!!


Ok laa sebut pasal  makan ni aku dah bertambah lapar..k kita stop kat sini yer sebab aku nak bersiap..Encik Saiful nak datang amik lagi 15minit..nak serbu Old Town sebab aku dah lapar nii.ape kes makan tengah2 malam?? ahh lantak laa janji kenyang..baru aku leh tido lena bila dah isi tangki.. ;-)





8 ulasan:

shahrazali berkata...

orang lelaki masak mmg sedap2...chef2 terkenal kebanyakkan nye lelaki... tp diorg tu bekerja... klu masakan ibu or isteri ni lain sikit... sesedap mana pun org lelaki masak,,tetap xleh lawan masakan ibu kita yg mengenyangkan perut kita sejak kecik lg..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: shahrazali

yup!! betul tu..air tangan mak @ isteri tu memang terbaikkkk!!!!semua yang mak masak semua sedap2..
wahh tetiba aku rindu masakan mak aku la plak..kang ada yg aku buat otak seminit start keta tekan lik kg je kang..huhuhu

p/s: mak..orang rinduuuuu!!

saffiya_aleesya @ echa berkata...

tapi kan orang lelaki ni bukan leh puji lebih2..kang ada yg kuar paper hidung terkoyak sebab terlebih kembang bila kena uji hahaha...

ILA HonEyBuNNy berkata...

hehhehe...tapi macam betul kan..laki kalau masak sedapp n ila pun kalah bab msk neh..ehhehe

LydSunshine berkata...

Saspen je. Ingatkan nak citer pasal en saiful masakkan utk dia td. Hehe. Biasanya lelaki yg pandai mmemasak ni yg pernah duk umah bujang. Tp ada jgk yg tak penah jauh drpd family pun pandai masak. Betul jugak tu. lelaki kalo masak, bleh tahan la sedap. Contohnya abg saya.

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: ILA HonEyBuNNy

haa klu camtu kita kena sama2 belajar masak laa takmo bagi kalah ngn org lelaki ni..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To: LydSunshine

Encik Saiful dia mmg tak reti masak..reti makan jer..yup selalunya yg dok bujang ni yg pandai masak..tambah2 klu nak save budget..

terpatrisinarabadi berkata...

so sweettt..