Assalamualaikum semua..
Petang ni aku nak ajak korang mencuba satu resepi mudah dari blog
setelah mendapat keizinan dari kak dayang, aku buat la entri ni untuk di kongsi dengan korang semua..bila mula2 baca entri DJ ni ati aku terus tertarik untuk mencuba resepi dia..bukan pe faham2 jela hidup orang bujang ni semua nyer nak masak menu yang ringkas2 je janji sedap..betul tak??? Menu yang aku pilih ni sangat mudah dan cepat!!! Ingat hujung minggu ni aku nak cuba buat lerr..Jadi pe kata hujung minggu ni jom kita mencuba resepi ni yer..
Roti John Mudah
Bahan-Bahan : untuk 1-2 orang makan
- 2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)
- bahan inti :
- 2 keping beef/chicken burger (direbus sampai lembut dan dilenyek)
- 2-3 biji telur (dipukul sedikit)
- 1 sk serbuk cili
- hirisan bawang besar/Holland
- hirisan daun sup
- 1/2 sudu makan sos cili
- sedikit garam jika perlu
Cara-Cara:
Satukan kesemua bahan inti di dalam mangkuk dan kacau sebati.
Panaskan sedikit mentega/minyak masak di dalam kuali leper. Kemudian dadarkan adunan telur tadi.
Tekapkan roti di atasnya sebaik sahaja telur hampir kering. Angkat dan terbalikkan roti. Kemudian hiaskan dengan hirisan kobis, bawang besar, tomato, sos cili dan mayonis. Ikutlah citarasa masing-masing.
6 ulasan:
mudah kan..leh try..
wooo yummeh !
haa jom kita sama2 try..
kau try dulu. pas tu bawa mai bagi aku rasa...nk test pandai ke idak kau masak...hehehe
siot je ko kan..yer la aku buat pastu aku bawak mai opis pastu aku mkn depan ko dan tak pelawa ko..hehehe
tanak kawan...sampai ati kau buat aku cam ni...
Catat Ulasan