17 April 2012

Sekadar Jadi Tukang Tengok..Baik Tak Payah!!!


Assalamualaikum Semua...

Hari Ahad lepas, kat area rumah aku ada jadi satu accident, aku tak pasti laa samaada makcik tu India @ mamak..tapi auntie tu naik motor ngan anak lelaki dia umor mcm awal 20an camtu laa..kena langgar dari belakang ke apa aku tak pasti tapi apa yang pasti aku terdengar bunyi berlanggar jer..bila aku tengok dr tingkap umah aku, aku tengok dah ramai yang dah kerumun kat auntie tu..yang melanggar tu Cina pakai kereta kancil..ok laa ramai gak yang nak membantu auntie ni, pada awal2 pemikiran aku laa..

Tapi yang aku jadi tak faham, kenapa ramai yang kerumun tapi tak membantu apa2 pun..??? sekadar jadi tunggul kayu jadi tukang tengok kejadian depan mata tu..apa yang korang dapat kalau sekadar tengok je auntie tu?? aku tengok dr tingkap umah aku, autie tu dah terduduk tak boleh nak bangun, mungkin terseliuh ker terpeleot ke kaki dia tak tahu laa tapi korang tolong laa panggil ambulans ke apa, leh gak bawa autie tu ke hospital kan..tapi errmmm harap ramai je tapi semua jadi penonton..jadi tukang tengok!!

sumber pic: theborneopost.com

Last2 aku msg kat Encik Saiful suh dia call Jabatan Pertahanan Awam (Bahagian Resque 991) sbb aku takde direct number..kenapa aku tak call ambulans hospital?? SEBAB AMBULANS HOSPITAL LEMBAB NAK MAMPOS!! sbb aku pernah tengok  depan mata aku camne staff hospital bhgn ambulans ni buat keje..macam tak makan sebulan, kalau orang tu nyawa2 ikan, confirm dah  meninggal sebab tunggu ambulans datang lambat sangat!!!

Tak lama lepas tu, Resque 991 datang dan buat settle kat auntie tu..See, cepat dan senang je kan, korang just call, bagitau maklumat kemalangan dan tempat kejadian jer..apa yang susah sangat..setakat tolong tengok jer baik tak payah..yang jadi lagi geram tu, lelaki je yang ramai kat situ, tapi ermmm haram takde tindakan apa2 pun..buat malu jer jadi lelaki tapi tak boleh harap..APA PUN TAK BOLEH!!

p/s: kalau ada accident kat mana2 mesti ramai yang jadi tukang tengok tp xde yang betul2 nak membantu mangsa accident tu, semua nak harap orang lain, dah korang tak call camne ambulans tu nak datang bunguksss!!!

56 ulasan:

Suraya Baharun berkata...

org kita memang cam tu kan...suka tengok & menyibuk dari membantu...harap2 tak tergolong dalam golongan itu...

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Suraya Baharun

tu laa mnyibuk jer lebih tp xde tindakan apa2 pun..

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

mmg ramai mcm tu..sibuk aje.. yg lg xleh tahan ada yg siap rakam!

Sis AI berkata...

Dh biasa dh ni sis.. Tau tgk taktau buat apa2. Bak kta diorg la bnda LIVE dpn mta. Bg sy, klu takde sapa nk tlong, kita la yg brgerak tlong. So sy sgt puji sis sbb tlong call kan. Klu tak, taktau la apa akn jdi..

Masya berkata...

haruunya.. tu belum lagi.. kemalangan lorong sebelah.. lorong sebelah lain yg tak kene mengena yg jem hadoiilah....

nur anis berkata...

meh nak tambah sikit..tukang tengok tambah tukang ambik gambar..memang ramai..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:nuyui a.k.a miss YUI

tu laa apa ke bangangnya orang accident pun nak rakam..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Sis AI

pasal 'LIVE' laa kita kena tolong..thanks sis!!

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Masya

ha'ah betul tu..jadi jem sbb tukang tengok yang suka menyibuk!!

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:nur anis

tu laa cam wartawan plak sibuk nak amik gambar nak buat liputan agaknya..budusss!!

redza berkata...

dah macam pesta pulak bila org kerumun ramai2...org yg accident tu tuhan saje yg tahu sakitnya

LYAfrina berkata...

mmg slalu mcm tu echa..kalo apa2 kes mcm ni..rmai y jd tukang tgk jer,, bukannya nk mbantu..kalo ada pon..hnya beberapa kerat j..blh bilang dgn jari.. sbb pnh tkena kat lya sndiri.. msa xcident thn 2002 dulu.. bygkn,.. msa tu.. nk kata bwk ke spital pon x nk bhenti kereta.. tp mujur ada jugak hamba allah..y sudi bwk ke spital walaupon keadaan lya blumur darah g2. rmai y jd tukang tonton..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:redza

tu laa pasal bro..orang tgh sakit diorang plak dok kerumun2.

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:LYAfrina

ye ker..kesian Lya time tu.tengok tp bukan nk tolong pun kan..

wahida berkata...

alahai...mmg malas nak komen bab ni...boleh pulak sorang pun tak kol ambulans? adoi la....nasib baik ko cepat nok, kesian kat auntie tu...

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:wahida

jalankan tgjwb jer kak..tolong takat mana yang boleh..dr tak tolong langsung lagi buat sakit hati..

Cik Nur berkata...

tu lah kan... kalau ade xcident, yg nengoknyer lagi ramai dari mnolong..
pastu xpasal jalan sesak...!

pelik juga kadang2 tu...

Lya Colours berkata...

biasa tu mmg ramai nak jadi penonton ja
sian ke makcik tu. huhu

fazrulnoor berkata...

yg ko knp nyer x turun tolong..hahahaha

maszull berkata...

assalamualaikum ecah...betul tu kalau setakat tengok jer buat apa kan...kalau cuba tolong lagi baik...:)

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Cik Nur

pelik tak pelik laa tp itu laa kenyataan nyer

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Lya Colours

biasa laa tu lya..perangai orang macam2

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:fazrulnoor

menolong tak payah tunjuk rupa laa bro..nawaitu tu yang penting. nak tggu jantan2 yang ada kat situ call 991 memang xde laa..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:maszull

yer betul tu kak ;-)

LydSunshine berkata...

kadang2 kita sendiri pun panik bila tgk org accident. Tak tau nak buat apa. Masa akak accident dulu kat karak, masa tu sensorang, kereta terbalik. Akak tak pengsan, so akak nampak kereta lalu lalang dan hanya tgk kereta akak. Tapi rasanya ada org call polis kot. Sbb sekejap lepas tu ada polis dtg control traffic. Pastu ada jugak beberapa org tolong angkat kereta akak. Lepas kereta dah berdiri elok, akak tgk dah takde dah org2 yg tolong tu. Tak sempat nak ucap terima kasih.

elyna mirsada berkata...

btl tu awk..bse rma yg tgk je dr nk tlg..wt malu jd lelaki je..hehe

Nazayiena berkata...

Klu jadi camni memang semua menyibuk nak tgk dan sorang harap sorang yg bantu cam call ambulan ke...

Mr.Clive berkata...

ni la perangai rakyat malaysia...busybody no 1 tapi kalau nak tolong,hampeh...pasal tu la kalau ade road accident,jam.sebab ramai sgt bzbody....=_=

aneem berkata...

kita seharunya buang sikap begitu..
kera sikap begitulah kita selalu ketinggalan
cthnya bila accident kat jalan...huhuhuhuhuhu
x pasal2 jalan yang x accident jadi aciden sebab terlampau perihatin sesangat

Cik FaRiZaM berkata...

hmmm...begitula sikap org malaysia..susah nk jumpa org yg suka menolong ...

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:LydSunshine

perghh biar betul kak..fuhhh nasib baik ada org call polis kan.. akak layan drift ker kat karak tu huhuhu

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:elyna mirsada

ingat lelaki ramai2 leh laa menolong kan..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Nazayiena

semua nak mengharap orang lain yang tolong memang tak jadi apa laa..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Mr.Clive

saja menyibukkan diri jer kan huhuhu

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:aneem

kekonon jer prihatin tp prihatin laaa sesangat

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Cik FaRiZaM

camtu laa sis..nak buat camne perangai manusia ni macam2

~Sweet Honesty~ berkata...

salam perkenalan dri akak juga ye..(^_^)

Tanpa Nama berkata...

kadang2 birokrasi yg membuatkn org awam tk nk cl.saya pernah cl ambulans memberi mklumat ada 1 kemalagan jalan raya.tetapi operator bgtahu errr teruk ker?dia nk naik ambulans ker?antara2 ayat ini yg diorg tnya..jadi oleh itulah org ramai hnya melihat dn berharap org lain yg cl ambulans.. pndapat i sajer..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:~Sweet Honesty~

ok kak..bertambah kenalan kita kan..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Tanpa Nama

tu laa kadang2 ambulans ni pun buat perangai jugak kan..tapi takpe laa skurang2nya kita dah buat takat mana yang kita mampu tlg kan!!

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

biasa lah.. masyarakat kita kn memang habit terlebih prihatin.. hehe

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

prihatin yang tak kena pada tempat n tak bg hasil apa2 pun..

Puan Kutu berkata...

org kita prihatinnya tak kena tmpat.itu je nak cakap..:)

steffany daph berkata...

hrm, btol tu. ramai yg tgk je. suka berkerumun, tapi tukang perhati je. nak call ambulan belummm.. tunggu org nazak nanti, baru nyaa., apa2 pun, u act at the good time, bagus la call org sapa2 je minta tolong, janji tolong (:

NOOR FATIN berkata...

alahai.. kesian kan. kalau tgk je bukan bleh tlg apa2 pn.. :(

IntaNBerliaN berkata...

disebabkan ada yg tukang tgk ni lah yg buat jln jd jammed kan..

celine outlet berkata...

Just what I adore in commendations mulberry purseto the adumbration with this carrier will be that’s not in actuality brownish mulberry outletrather than in actuality white.. in a few lamps that aswell seems like any dim fruit. My accomplice celine bag accoutrements accoutrements and i don’t apperceive just what the accurate blush is called (My accomplice and i has been mulberry bag brash nonetheless it appeared unpronounceable added a tad humans yet I will be in actuality aflame from it! My accomplice and i has been appropriately advantaged to accept mulberry outlet store that because it will be about difficult to mulberry luggage bags be able to access some mulberry handbags of the lighter

anitadiana berkata...

banyak tukang tengok daripada tolong..dulu pernah juga tolong lelaki cina..tapi mabuk..tak pulak cedera..cuma langkar pokok kecil dan keta masuk longkang...

Jo-Blogger berkata...

biasa la kalo bab2 pasal agensi kerajan ni mmg lembab skit.sml sy pegi bank islam kat uum.lembab gila.

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Puan Kutu

yup betul tu kak..menyibuk je lebih!!

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:steffany daph

tolong takat mana yg saya mampu je sis ;-)

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:NOOR FATIN

tau takpe sis ;-)

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:IntaNBerliaN

ha'ah belah kanan yg accident tapi belah kiri yang jammed sbb si tukang tengok ni laa

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:anitadiana

wahh bagus laa akak..insan prihatin ni..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

To:Jo-Blogger

ermmm biasa laa tu bro..jadi sakit hati pun ada..

celine outlet berkata...

I am in dire need celine outlet shop of a new bag, and celine bag with summer literally knocking Celine Luggage Tote on our door, I'm going to need a good tote for the pool, beach and general carrying (don't you find yourself lugging more stuff around in the summer? )#). I mentioned Deux Lux before, when Oprah put one of their bags on her Favorite Things list. Well lucky me, I ended up getting that Celine Luggage bags bag for Christmas and I love it. It's sturdy, roomy and fun. So when I stumbled on the line's Celine Boston Bag beach totes, I was excited at the prospect of having a little sparkle with me at the beach.