Assalamualaikum Semua...
Bila sebut sayur kampung je dah terbayang dalam kepala otak betapa kecur liur bila terbayangkan pelbagai masakan berasakan sayur2 kampung..yela tambah2 plak tak lama lagi dah nak masuk Bulan Ramadhan kan jadi macam2 juadah laa yang jadi pembuka selera..tapi bagi aku sayur kampung memang sangat2 boleh membuka selera dan kalau korang nak tau sayur kampung yang paling aku suka ialah PUCUK PAKU..aku boleh kecur liur dan tetiba terbuka selera nak makan bila terpandangkan pucuk paku ni..
Selain pucuk paku banyak lagi jenis sayur-sayur kampung yang sememangnya boleh membuka selera bagi para penggemar macam rebung, keladi, pucuk ubi, kangkung, nangka muda, jantung pisang termasuk segala ulam-ulaman kampung..Mungkin ada antara korang yang gemarkan sayur kampung dan ada pulak yang tidak..yerla selera masing2 kan mana nak sama yer dak..jadi apa kata kita sama2 berkongsi rasa dan selera tentang sayur kampung apa yang korang suka tambah2 sebagai juadah berbuka puasa nanti..
p/s: serius aku teringin cendawan busut..sedapnya kalau di masak rebus air jer..wangi jer!!!





















































