22 Februari 2011

Hidup ini indah...


hallooo...lama aku x update blog ni.lama x lama jugak la kan..xde mood nak mencurah idea untuk ayat-ayat kat blog ni..hari ni aku x sihat..serius mmg aku x sihat.ini betol2 bkn cubaan tau.tp aku datang gak keje pasal MasyaAllah keje aku yg berlambak tu sape nak settle kan..jd aku kuat semangat nak datang jgk ofis..petang ni aku rasa macam nak berceloteh tentang benar kah hidup ini indah?? Lain orang lain persepsi@ pandangan mengenai hidup ni kan..tp pd aku hidup sentiasa ada turun naik,suka duka, tangis dan tawa dan macam2 lagi..kadang2 kita nak hidup kita sentiasa perfect contoh macam berkerjaya, berharta dan keluarga yang cukup bahagia..segalanya seperti yang kita aturkan..langsung x pikirkan masalah..tapi mampu ker kiter mengatur semua tu?? tiada yang sempuna dalam kehidupan seharian kita..jd kita kene berpegang balik pada hukum Allah..percaya pada Qada' dan Qadar..segalanya telah ditentukan..mungkin waktu kita gembira ada yang berduka dan mengalirkan airmata, waktu kita merasakan kita lah orang yang sgt2 malang tp masih ada lg orang ditimpa kesusahan yang lebih hebat dari kita..cuba kita fikir sejenak jika hidup kita seperti yang kita aturkan tanpa sebarang konflik dan masalah yang timbul, adakah hidup kita sempurna.macam xda cabaran pulak kan..macam plot cerita la mesti ada turun naik kan..hidup kita berperingkat-peringkat..dari susah pastu senang sikit demi sikit..cuba kita imbas balik cth masa kita sekolah2 dulu kita berjalan kaki,naik basikal pastu bila dah mula keje kita dah ada gaji kita mampu nak beli motor pastu kita kumpul duit lagi kita dah mampu beli kereta.tapi kita pun tau kan bkn senang nak mencapai semua tu dlam sekelip mata..makan tahun jugak kan..step by step..nak mendapatkan semua tu bukan mudah terpaksa bersusah dulu betul x?? jd kesimpulannya kita perlu ingat ape pun dugaan dan cabaran yang datang samada baik mahupun buruk kita kena terima dengan tabah dan rela hati dan anggap itu adalah ketentuan hidup kita yang telah diaturkan oleh Allah s.w.t...hidup ini indah kerana diwarnai dengan pelbagai kisah dan cerita..Allah mnguji kita samada kita mampu@tidak untuk menjalani ujianNya..Wallahualam...

Tiada ulasan: