30 Mei 2012

WORDLESS WEDNESDAY!!!!


28 Mei 2012

Teringin Laa Pulak..

 Assalamualaikum Semua...

Aduhai tetiba aku teringin pulak dengan 3 jenis makanan ni..tapi tiap2 hari balik dari ofis pun lambat bila laa yang aku nak menyinggah ke pasar malam nak dapatkan semua ni..teringin tau tambah2 tang murtabak tu perghhhh kalau dapat memang layan laaa...putu piring dan apam balik nipis kalau makan panas2 memang terbaeekkkk laaa..ermm xpe2 nak balik awal laa hari ni cukup time ingat nak blah awal pastu pergi terjah pasar malam..

PUTU PIRING

APAM BALIK NIPIS

MURTABAK

25 Mei 2012

Pomander Balls...


Assalamualaikum Semua..

Aku suka ler dengan pomander balls ni..cantik dan paling penting nak buat pun senang jer..tapi tu laa tahap kemalasan aku yang semakin melampau dari hari ke hari ni entah bila aku leh buat pomander balls ni..semangat jer lebih aku ni huhuhu tapi serius aku suka sebab comel n bulat2 jer dikelilingi dengan bunga2 yang comei2..leh panggil bola bunga hehehe..ingat nak buat jugak2 sebab teringin gak nak buh dalam bilik..sekarang ni pun dah letak 2 balang besar penuh potpourri dalam bilik..nak letak lilin aromaterapi tu pastu hias dengan pomander balls..wahh comeiiii...baru syok layan jiwang dalam bilik sorang2 boleh gitu??? hahahaha

18 Mei 2012

Colour Block..Ada Berani ker??


Assalamualaikum Semua..

Korang tau kan apa itu colour block?? ala mesti korang tau punya..sebab korang semua kan sentiasa up to date huhuhuhu..kalau tak tau pun buat2 tau jela sebab malas aku nak citer panjang2..kang ada pulak yang juling biji mata baca entri aku panjang2 yer tak!!

Nak di pendekkan cerita, aku agak minat gak laa ngan fesyen colour block yela sebab bila tengok orang lain pakai tak kira laa baik dlm internet ker atau yang real depan mata ker nampak cam menarik gak..ala2 berani dan ceria gitu..tapi tu laa dah nama pun colour block kan, jadi warna2 tu agak seram gak laa aku nak pakai..hahaha yelaa nampak macam pakaian dan penampilan aku tu nampak meriah sangat je..

Aku pernah gak pakat2 ngan BFF aku, nak buat baju raya tahun ni tema colour block..mula2 dua2 excited nak buat tapi last2 kami berdua terpikir camne laa agaknya diri kami ni bila pakai baju colour block ni..kat town area memang ok laa tapi kalau nak pakai raya dah sah2 laa kami raya kat kampung..kang ada plak warga tua kat kampung kata aku ni gila tak pun kata aku ni dah buta warna hahahahaha...

Tapi tu laa tak cuba tak tau kan..hati tu teringin jugak..tapi nanti2 laa akan aku pikirkan beranikah aku nak pecah tradisi almari baju aku tu dengan pakaian colour block ni?? hahahaha..ermmm korang plak camne?? colour block..ada berani ker???



17 Mei 2012

Geng-Geng Makcik..

p/s: aku suka makcik ni sebab dia berlakon kelakar giler..hehehe

Assalamualaikum Semua..
Pagi2 dah hangin satu badan bila datang opis..apa taknya pagi2 lagi geng2 makcik ni dah buat perangai..kalau depan diorang kena panggil kakak ler kang kata kita ni kata dia tu tua laa pulak walaupun dah memang tua hahaha..
 

Walaupun pagi ni sejuk tapi aku memang jadi panas ler bila orang semua nak mengejar masa nak masuk ofis takut tak sempat nak punch kad on time kang merah laa plak..masing2 berebut lif walaupun kat KOMTAR ni lif banyak tapi lembab laa jugak tapi yang geng2 makcik ni boleh plak jalan lenggang kangkung sambil berbual mesra ngan geng-geng makcik yang lain walaupun dah nak masuk dlm lif pun still nak sembang..adoooiii makcik-makcik tolong laa orang lain nak cepat laa makcik..kot yer pun makcik dah datang ofis awal sebelum subuh sekalipun tolong laa bagi laluan kat orang yang tengah mengejar masa ni..teringat kata-kata member cina kat aku masa dlm lif isnin lepas" haiiyaa kita pagi2 semua kalut2 semua mau cepat2 macam mau pegi perang laa" hahaha yer laa perang laa sangat dengan drive lelaju sebab kalau nak jadi pemandu berhemah memang aku sampai ofis pukul 9 laa jawabnya!!

Kadang2 tak faham apa laa yang geng-geng makcik ni sembangkan sampai tak habis2..pening kepala aku..cepat betul geng2 makcik ni cas power..pagi2 lagi dah semangat nak bukak mulut banyak2..makan ubat terlebih ke apa?? kot yer pun nak sembang sakan kejap2 lagi makcik oiii..dah laa dalam lif semua button menyala that's mean every floor laa lif tu berhenti..jadi korang bayang kan laa kalau ofis tu kat tingkat 26 bila nyer yang nak sampai jadi makan masa laa kan..sebab tu semua orang nak cepat2 jer kalau pepagi ni..kalau dah geram sangat rasa macam nak tolak jer geng-geng makcik ni suh masuk lif cepat2 jangan asyik nak menyembang jer..

p/s: aku lagi tension kalau ada jamuan ker ada function Puspanita ker, mesti geng-geng makcik ni jadi cam meroyan nak menyembang non-stop kalau dah jumpa geng-geng makcik yang lain pastu bila time makan dah macam orang tak pernah jumpa makanan setahun..siap nak bungkus2 makanan nak bawak balik..kita yang muda-muda ni pulak yang pening tengok peranagai diorang!!!


11 Mei 2012

Beza Gadjet Lelaki & Perempuan

Assalamualaikum Semua..

Ermm korang leh tak bezakan antara komputer ker laptop ker atau segala gadjet tu kepunyaan lelaki ker atau perempuan yang punya..lelaki atau perempuan yang punya tauuu bukan AHMAD ALBAB yang punya..hahahahahah

Ok pada aku kita leh detect samaada gadjet tu lelaki atau perempuan yang punya sebab...


KALAU LELAKI..
  • mesti warna gadjet tu warna gelap contoh hitam ke, merah hati ker, biru gelap ker
  • screen saver ke wallpaper ker mesti gambo ganas2 atau ala2 robotik sikit atau team bola yang diorang suka ke
  • tak suka letak aksesori merapu2 ni


KALAU PEREMPUAN..
  • mesti warna terang2 contoh cam pink ke, merah ker, purple ker
  • screen saver ke wallpaper ke mesti gambar bunga ke, kartun2 comeii ker tak kira laa apa pun janji nampak comeiii kalau tak pun letak muka sendiri yang budget dah habis lawa dan comeiii tu laa hahahaha
  • pastu suka buh aksesori2 macam rantai2 comei, patung2 comei ker
Haa aku rasa banyak lagi kot..boleh ler korang jadi tukang tambah perbezaan yang korang leh detect...sama2 kongsi pendapat!! sbb yang ni secara rawak je..


10 Mei 2012

Tajamnya Kertas...

Assalamualaikum Semua..

Baru kejap tadi aku fotostat dokumen kat ofis ni..tebal laa jugak kertas tu..tetiba jari aku terkena kertas..adoii sakitnya.tengok2 dah ada kesan luka..perghh tajam laa kertas ni..jangan sangka benda yang tak bahaya ni tak boleh cederakan diri kita yer..luka macam jari terkena pisau jer..pedih lorrr!! so korang2 hati2 tau kalau guna kertas tu kang ada plak terluka jari cam aku pulak hehehe

09 Mei 2012

Smokey Eyes...


Assalamulaikum Semua..

Perghhh dah seminggu blog aku tak berupdate..takpe2 aku akan usahakan jugak update blog aku ni...idea pun dah xde terpaksa perah otak macam perah santan tu nak bagi idea untuk entri baru..huhuhu

Ok jom hari ni kita bukak topik pasal make-up..Aku tak tau kenapa aku suka sangat make up style smokey eyes sekarang ni..dok sibuk laa tengok kat you tube tutorial smokey eyes ni..tapi macam biasa laa bila kita tengok orang buat memang laa senang tp bila kita buat sendiri ermmm memang payah jugak nak dapatkan hasil yang terbaekkkk macam yang kat you tube tu..skrg ni pun dok sibuk kumpul make-up brush..macam reti je nak apply semua tu..


Salah satu sebab aku suka smokey eyes ni sebab mata kita akan nampak lebih galak,nampak mata lebih besar dan nampak seksi gitu ahaks..tapi kalau salah make up memang nampak macam mata kena tumbuk je hahaha

02 Mei 2012

WORDLESS WEDNESDAY!!!!